Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang
Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang

Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang

Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang (ISBN 0671723650) ialah sebuah buku usaha diri yang ditulis oleh Dale Carnegie dan diterbitkan pada tahun 1936. Dengan jualan sebanyak 16 juta naskhah, buku ini adalah buku laris New York Times selama 10 tahun.Buku ini menarik hati orang-orang yang ingin mengubah hidup mereka, dan memberi petua-petua dan strategi-strategi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Menawarkan satu falsafah yang amat berbeza dengan psikologi terkini yang menekankan autonomi, pernyataan kendiri, dan sifat pendesak, buku ini membeo pandangan Lord Chesterfield bahawa menyenangkan orang-orang lain bukan hanya merupakan satu kewajipan malahan merupakan jalan paradoksikal untuk mencapai kejayaan peribadi.