Bagan_Tiang

Bagan Tiang ialah sebuah perkampungan nelayan dan pesawah padi yg terletak di utara negeri Perak, Malaysia. Kedudukan dalam peta pada latitud 5.1166667 Utara dan longitud 100.4166667 Timur. Ketinggian 3 meter dari aras laut. Bagan Tiang pernah menjadi pelabuhan kecil persinggahan pedagang dari China dan India pada abad ke-19. Ia dikenali sebagai Bagan Tiang disebabkan banyak terdapat tiang-tiang dari batang pokok nibong yang dicacak pada pelabuhan yang digunakan untuk mengikat kapal kecil/tongkang yang berlabuh.Sejarah Bagan Tiang dikesan seawal zaman kegemilangan kerajaan Siak di Sumatera. Dikenali dengan nama Turong, Bagan Tiang pada waktu tersebut merupakan kerajaan kecil yg ditadbir oleh penghulu lantikan oleh Kerajaan Kedah. Turong berubah nama kepada Sungai Megat Aris semasa era Penghulu Megat Aris mentadbir Bagan Tiang.Sekitar tahun 1850an, Bagan Tiang telah menjadi kawasan penanaman padi yang utama di utara Negeri Perak. Di dalam buku harian Paglima Abdul Karim Bin Raja Aman Shah, dicatatkan yang beliau telah meminjam sebanyak 70000 gantang padi dari 'rakyat-rakyat Bagan Tiang' semasa beliau membuka Daerah Selama pada tahun 1874M. (RujukanĀ : R.O Winstedt - A History of Perak).Juga pernah menjadi pusat pengeluaran hasil tebu/gula dimana Long Jaafar dan anaknya Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim merupakan pengusaha awal kepada industri tersebut. Apabila pihak British menahan Ngah Ibrahim akibat dari tragedi pembunuhan J.W.W Birch, ladang2 tebu milik Ngah Ibrahim telah dirampas dan diserahkan kepada pengusaha Cina. Kesan-kesan peninggalan industri gula tersebut masih boleh dilihat seperti kolam penyimpanan gula cair (selepas dikisar), batu pengisar dan juga menara serombong asap.Industri tebu/gula di daerah Bagan Tiang musnah apabila ban/benteng penahan air laut pecah dan menyebabkan air laut melimpah masuk ke ladang tebu tersebut. Kesannya, tebu yang ditanam rasanya menjadi sedikit masin.Dengan peredaran masa, muara kuala Bagan Tiang telah menjadi cetek dimana tongkang/kapal tidak lagi dapat menyusuri muara.Pembangunan fizikal Bagan Tiang agak kurang menyerlah disebabkan tiadanya pembangunan dibawa masuk ke sini seperti universiti/maktab/sekolah berasrama bagi memangkin pertumbuhan. Kolam-kolam penternakan ikan/udang dipersisir pantai Bagan Tiang pula hampir 100% diusahakan oleh pihak luar.Hingga kini, pekan Bagan Tiang masih lagi kelihatan seperti tahun 1970-an/80-an dan dengan berwajahkan kampung melayu tradisi.