Bahagian_pentadbiran_di_China

Oleh sebab populasi dan keluasan yang amat besar, pentadbiran China sentiasa terbahagi kepada pelbagai peringkat sejak zaman silam. Perlembagaan Republik Rakyat China memperuntukkan tiga peringkat kerajaan secara de jure. namun begitu, kini terdapat lima peringkat kerajaan tempatan secara amali (de facto): wilayah (provinsi), prefektur, daerah, bandar, dan kampung. Republik China di Taiwan menggunakan sistem yang berbeza.Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China. Seseorang warga negara ini mudah dikenal pasti dari segi wilayah asalnya, dan setiap wilayah mempunyai suatu stereotaip yang sepadan dengan penduduknya. Kebanyakan wilayah-wilayah China mempunyai sempadan yang digariskan pada penghujung Dinasti Ming. Semenjak itu, perubahan besar yang pernah berlaku termasuk menyusunan semula wilayah-wilayah Timur Laut selepas pengambilalihan tanah besar China oleh pihak Komunis pada tahun 1949 dan penubuhan kawasan swatabir(autonomi) berasaskan teori kewarganegaraan Soviet.

Berkaitan