Bahasa-bahasa_Indonesia

Lebih dari 700 ratus bahasa masih digunakan di Indonesia.[1] Kebanyakan bahasa ini merupakan ahli keluarga bahasa Austronesia dengan beberapa bahasa Papua juga dituturkan. Bahasa rasmi Indonesia ialah Bahasa Indonesia, bahasa yang diubah suai daripada Bahasa Melayu,[2] yang digunakan dalam perniagaan, pentadbiran, pendidikan dan media tetapi sebilangan besar orang Indonesia bertutur dengan menggunakan bahasa-bahasa tempatan, seperti Bahasa Jawa, sebagai bahasa ibunda.[1]Oleh sebab Indonesia hanya mengiktiraf satu bahasa sahaja sebagai bahasa rasmi, bahasa-bahasa yang lain tidak diiktiraf sama ada di peringkat negara mahupun wilayah. Oleh sebab itu, Bahasa Jawa merupakan bahasa yang paling banyak digunakan sebagai bahasa tanpa status rasmi dan Bahasa Sunda adalah yang kedua dalam senarai (tidak termasuk dialek-dialek bahasa Cina).