Bahasa-bahasa_Japonik
Bahasa-bahasa_Japonik

Bahasa-bahasa_Japonik

Bahasa-bahasa Japonik ialah istilah yang digunakan untuk mengenal pasti anggota bahasa Jepun yang mana rata-rata bahasa-bahasa dipertuturkan di Kepulauan Jepun dan bahasa Ryukyu dipertuturkan di Kepulauan Ryukyu. Istilah ini diterima baik sebagai istilah linguistik yang dicatat oleh Leon Serafim.[2]"Japonik" atau "bahasa Jepun-Ryukyu" ialah keluarga bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa Jepun dan Ryukyu. Bahasa turun-temurun ini juga dikenali sebagai "Proto-Japonik".[3]Para cendekiawan bahasa telah membincangkan asal-usul bahasa Japonik yang wujud pada hari ini sebagai gabungan isu berkaitan yang tidak dapat diselesaikan.[4] Hubungan yang paling jelas setakat ini menunjukkan bahasa Japonik mempunyai persamaan toponim di Korea Selatan yang barangkali boleh didapati dalam bahasa Gaya (Kara) atau bahasa lain yang jarang dibuktikan keberadaannya.