Bahasa-bahasa_Malayik

Bahasa-bahasa Malayik ialah sub-cabang daripada Bahasa Sunda-Sulawesi, iaitu salah satu cabang daripada Bahasa Melayu-Polinesia dan cabang daripada Keluarga Bahasa Austronesia. Cabang ini termasuk Bahasa Melayu dan Dialeknya, Bahasa Minangkabau di Sumatera Barat dan Negeri Sembilan serta Bahasa Iban di Sarawak dan Kalimantan. Ia dibahagikan kepada 3 cabang iaitu Ibanik, Malaya dan Bahasa Urak Lawoi'.Dikatakan Bahasa-bahasa Malayik berasal dari Borneo di mana kawasan Bahasa Ibanik tinggal. Lalu orang Malayik berhijrah ke Pulau Sumatera di mana ia menjadi Bahasa-bahasa Malaya dan mereka yang berhijrah ke Semenanjung Malaya menjadi Bahasa Urak Lawoi'.Mengikut Ethnologue, kumpulan ini mempunyai 70 buah bahasa .