Bahasa_Azeri

Bahasa Azeri adalah bahasa rasmi Republik Azerbaijan.Ia dipanggil Azərbaycan dili dalam Azeri. Setengah dialek bahasa dipertuturkan di banyak bahagian Iran (tetapi yang penting kebanyakannya di kawasan barat laut, dikenali sebagai Azerbaijan Iran), dimana ia bahasa paling dominan dan lingua franca untuk bahasa minoriti di kawasan seperti Kurdish, Armenia dan Taleshi. Iran adalah penghuni bagi majoriti penutur Azeri di dunia. Bahasa ini juga dipertuturkan di Russia bahagian Dagestan, tenggara Georgia, utara Iraq dan timur Turki.Terdapat kira-kira 23 hingga 30 juta bumiputera penutur Azeri (Sekitar 16 hingga 23 juta di Iran dan 7 juta di Republik Azerbaijan dan 800,000 pada lain-lain komuniti kecil). Ia adalah bahasa Turkik rumpun Orghuz, secara dekat berhubungan dengan Turki dan juga secara sejarahnya dipengaruhi oleh Parsi dan bahasa Arab.

Bahasa_Azeri

Asli di Republik Azerbaijan, Iran, Georgia, Russia, Iraq, Turki, Syria, Kazakhstan
Sebutan akan ditambah
Sistem penulisan Huruf Latin dan, dahulunya, huruf Cyrillic (Azeri pelbagaian)
Bahasa rasmi di Republik Azerbaijan (dialek utara), Iraq (dialek selatan; rasmi di tempat dimana Turkmen Iraq membentuk majoriti)
Penutur asli 23–30 juta  (tiada tarikh)
ISO 639-1 az
Keluarga bahasa
Altaic (dipertikaikan)
  • Turkik
    • Turkik Selatan
      • Bahasa Azeri
ISO 639-3 Pelbagai:
aze — Azeri (generik)
azj — Azeri Utara
azb — Azeri Selatan
qxq — Qashqa'i
slq — Salchuq
ISO 639-2 aze