Bahasa_Belanda
Bahasa_Belanda

Bahasa_Belanda

Bahasa Belanda ( Nederlands (bantuan·maklumat)) telah dituturkan oleh 30 juta orang di seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Belanda dan menjadi bahasa keenam paling kerap dituturkan di Eropah Barat. Kira-kira 60 peratus populasi di negara jiran iaitu Belgium dan Suriname juga menuturkan bahasa Belanda. Dianggarkan lebih 16 juta orang yang tinggal di Belanda termasuklah komuniti di Indonesia dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Belanda. Bahasa Belanda yang dituturkan orang Belgium dipanggil Bahasa Flemish (Vlaamse) manakala di Afrika Selatan pula dikenali sebagai Bahasa Afrikaans (Afrikaans).Manakala Stadfries adalah set dialek orang di Friesland iaitu terletak di utara Belanda. Ia adalah gabungan bahasa Belanda dengan bahasa asli Frisian. Maka, terhasilah campuran perbendaharaan kata Hollandic dan tatabahasa Frisian Barat serta prinsip bahasa lain. Hakikatnya, antara semua bahasa daripada rumpun bahasa Germanik, bahasa Frisia paling hampir dengan bahasa Inggeris.Bagaimanapun, orang Belanda juga bertutur beberapa bahasa lain untuk memudahkan komunikasi dengan pelbagai golongan kosmopolitan di mana 90 peratus warga Belanda fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Jerman.

Bahasa_Belanda

Asli di Belanda, Belgium, Suriname, Aruba, Netherlands Antilles, Indonesia, Perancis, Jerman, Guyana Timur
Sebutan akan ditambah
Sistem penulisan Huruf Latin (Belanda Pelbagaian)
Bahasa rasmi di Aruba, Belgium, Kesatuan Eropah, Belanda, Suriname, Antillen Belanda, Suriname
Dikawal oleh Nederlandse Taalunie
(Kesatuan Bahasa Belanda)
Penutur asli 26 juta (2006)  (tiada tarikh)
Keluarga bahasa
ISO 639-1 nl
ISO 639-2 dut (B)
nld (T)