Tatabahasa Bahasa_Cina

Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina ditutur merupakan bahasa berisolasi, yang mana variasi-variasi tersebut bergantung kepada tatabahasa (susun kata dan struktur ayat) dan bukannya morfologi (perubahan dalam bentuk perkataan melalui perubahan bunyi). Oleh itu, variasi-variasi tersebut banyak menggunakan partikel tatabahasa untuk melambangkan aspek dan penghayatan tatabahasa.

Bahasa Cina menampilkan susun kata Subjek-Kerja-Objek, dan seperti kebanyakan bahasa-bahasa Asia Timur yang lain, kerap membina ayat melalui binaan topik-komen. Sungguhpun Bahasa Cina tidak ada jantina tatabahasa, namun adanya sistem penjodoh bilangan yang menyeluruh, satu lagi ciri-ciri yang juga ada pada bahasa negara jiran (tetapi tidak tergolong dalam famili bahasa yang sama) seperti Bahasa Jepun dan Korea. Lihat penjodoh bilangan bahasa Cina bagi liputan menyeluruh perihal ini.

Satu lagi ciri-ciri tatabahasa lain yang dikongsi semua variasi bahasa Cina ditutur merangkumi penggunaan binaan kat kerja serial, pengguguran kata ganti nama (dan pengguguran subjek), serta penekanan kepada aspek berbanding tensa tatabahasa.

Walaupun tatabahasa pelbagai dialek Cina berkongsi banyak ciri-ciri, namun tidak kurangnya perbezaan di antaranya. Lihat tatabahasa Cina bagi merujuk kepada tatabahasa Mandarin Baku, serta artikel-artikel dialek Cina yang lain bagi tatabahasa masing-masing.