Bahasa_Cina_Baku
Bahasa_Cina_Baku

Bahasa_Cina_Baku

Bahasa Mandarin Baku merupakan Bahasa Cina yang dipertutur secara rasmi dan digunakan di negara-negara Republik Rakyat China, Republik China di Taiwan, Malaysia dan Singapura.Fonologi Bahasa Mandarin Baku berasaskan dialek Beijing yang digolongkan dalam golongan bahasa Mandarin, segolongan dialek-dialek Cina yang meluas di bahagian China utara dan barat daya. Perbendaharaan katanya banyak diukir daripada golongan dialek tersebut. Tatabahasa Bahasa Mandarin Baku diselaraskan dengan hasil-hasil moden yang ditulis dalam bentuk bahasa Cina Vernakular yang dipraktikkan mengikut tradisi dialek-dialek golongan Mandarin yang amat rapat disertakan dengan beberapa pengecualian. Hasilnya, Bahasa Mandarin Baku itu sendiri dipanggil sebagai "Mandarin" dalam penggunaan harian. Namun, pakar bahasa menggunakan istilah "Mandarin" sebagai merujuk kepada keseluruhan golongan dialek Mandarin. Pendekatan ini akan diambil untuk isi-isi artikel ini yang selebihnya.Bahasa Mandarin Baku dikenali di Republik Rakyat China sebagai Putonghua (Cina Ringkas: 普通话 Hanyu Pinyin: Pǔtōnghuà, bermaksud "pertuturan biasa"), di Republik China (Taiwan) sebagai Guoyu (Cina Tradisional: 國語 Tongyong Pinyin: Guóyǔ, Wade-Giles: Kuo-yü, "bahasa kebangsaan"), dan di Malaysia serta Singapura sebagai Huayu (Cina Tradisional: 標準華語, Cina Ringkas: 标准华语;, Hanyu Pinyin: Biāozhǔn huáyǔ, "bahasa Cina (dalam erti kebudayaan)"). Ketiga-tiga istilah ini boleh saling dipakai antara komuniti bangsa Cina seluruh dunia dimana kumpulan-kumpulan berbeza dapat berhubungan.