Bahasa_Dari

Bahasa Dari (Bahasa Dari: دری /dæˈɾiː/) atau Parsi Dari (فارسی دری Fārsī-ye Darī) merupakan sebuah cabang bahasa Parsi yang ditutur di Afghanistan.[1]Dari ialah nama yang diberi kepada Bahasa Parsi Baru sejak kurun ke-10 dan digunakan secara meluas dalam teks Arab dan Parsi. Dari berasal dari Parsi Tengah yang ditutur pada pemerintahan Empayar Sasan. Dari digunakan pemuisi sejak beberapa kurun dahulu: Rudaki pada kurun-9 hingga Parvin Etesami pada kurun ke-19. Dari merupakan salah 1 daripada 2 bahasa rasmi di Afghanistan, dan yang satu lagi ialah Bahasa Pashto. Dari menyumbang kebanyakan pinjaman Parsi ke bahasa Asia lain seperti Bahasa Urdu, Hindi, Punjabi, Bengali dan lain-lain kerana Dari ialah bahasa pentadbiran, rasmi dan kebudayaan Empayar Mughal Parsi dan berperanan sebagai lingua franca di seluruh subbenua Asia Selatan selama beberapa kurun. Terdapat perbezaan fonologi, kosa kata dan morfologi antara Parsi Afghanistan dan Parsi Iran. Kerajaan-kerajaan Afghanistan sejak berkurun-kurun telah mempromosikan Parsi Baru sebagai bahasa rasmi kerajaan sejak Pemerintahan Kesultanan Delhi walaupun kerajaan itu kebanyakannya terdiri daripada kaum Pashtun.

Bahasa_Dari

Asli di Afghanistan
Sebutan akan ditambah
Sistem penulisan Huruf Parsi
Bahasa rasmi di Afghanistan
Penutur asli 12.5 million  (2000–2011)
rasmi, bahasa yang digunakan oleh 50% daripada penduduk Afghanistan.
Keluarga bahasa