Bahasa_Esperanto
Bahasa_Esperanto

Bahasa_Esperanto

Bahasa Esperanto ialah bahasa buatan antarabangsa yang ditutur dengan paling meluas. Namanya berasal daripada perkataan Doktoro Esperanto, nama samaran yang L. L. Zamenhof menggunakan ketika menerbitkan Unua Libro buat pertama kali pada tahun 1887. Matlamat Zamenhof ialah untuk mewujudkan sebuah bahasa yang mudah dan fleksibel sebagai bahasa kedua sejagat untuk menggalakkan keamanan dan persefahaman antarabangsa.Walaupun tiada negara telah menggunapakai bahasa itu secara rasmi, bahasa Esperanto telah digunakan secara berterusan oleh sebuah komuniti yang dianggarkan antara 100,000 hingga dua juta orang penutur serta lebih seribu penutur bahasa ibunda. [1] Tiada ada sesiapa yang boleh mengira bilangan penutur bahasa Esperanto di zaman internet. Tapak pembelajaran percuma banyak dan ia mungkin lebih ramai pengguna bahasa Esperanto pada hari ini.Pada hari ini, bahasa Esperanto telah digunakan untuk pelancongan dunia, persuratan, pertukaran budaya, konvensyen, kesusasteraan, pengajaran bahasa, televisyen (Internacia Televido) dan penyiaran radio. Sesetengah sistem pendidikannegara menawarkan kursus-kursus pilihan untuk bahasa Esperanto; terdapat bukti bahawa pembelajaran bahasa Esperanto adalah suatu penyediaan yang berguna untuk pembelajaran bahasa kemudian (sila lihat Bahasa Esperanto dan pendidikan).