Bahasa_Filipino

Bahasa Filipino ialah nama bahasa kebangsaan Filipina yang berasaskan Bahasa Tagalog. Pada 1937, Tagalog, yang dituturkan di tengah Pulau Luzon di sekitar wilayah ibu kota Filipina, dipilih sebagai asas bahasa kebangsaan Republik Filipina oleh Institut Bahasa Kebangsaan negara itu.[4] Kemudian pada 1939, Manuel L. Quezon menamai bahasa itu Wikang Pambansa (Bahasa Kebangsaan). Seterusnya, pada 1959, ia dinamai Pilipino pula oleh Setiausaha Pendidikan, Jose Romero, untuk menggambarkan identiti kebangsaan berbanding identiti kaum. Bagaimanapun, perubahan ini tidak mendapat sambutan di kalangan kaum bukan Tagalog, terutamanya Cebuano di Pulau Cebu (yang mana bahasa mereka ialah Sugbuano atau Cebuano mengikut sebutan Bahasa Sepanyol).[5]Pada 1971, isu bahasa timbul lagi lalu satu kompromi dicapai menerusi pendekatan "sejagat" iaitu dengan menamakannya Filipino sebagai ganti Pilipino. Nama Filipino diluluskan oleh perlembagaan Filipina pada 1987 dengan ketetapan bahawa bahasa itu akan turut menerima kosa kata daripada bahasa lain di Filipina termasuk bahasa asing seperti Bahasa Inggeris.[5]

Bahasa_Filipino

Asli di  Filipina
 Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Rusia
dan penutur di
 Malaysia
 Singapura
 Oman
 Hong Kong
 Macau
 Jepun
 Kanada
 Australia
 New Zealand
 Taiwan
 Arab Saudi
 Amiriah Arab Bersatu
 Qatar
 Israel
 Lubnan
 Jordan
serta di
 Sepanyol
 Portugal
 Perancis
 Belanda
 Itali
 Jerman dan
 Greece
Sistem penulisan Latin (kelainan Filipino)
Bahasa rasmi di  Filipina
Dikawal oleh Suruhanjaya Bahasa Filipino
(Komisyon sa Wikang Filipino)
Penutur asli Bahasa pertama: 25 juta.[1] Bahasa kedua: lebih 60 juta
Jumlah: 90 juta[2]  (tiada tarikh)
ISO 639-1 tl[3]
Keluarga bahasa
ISO 639-3 fil
ISO 639-2 fil