Bahasa_Khakas
kjh
(ISO 639-3).Secara tradisinya, bahasa Khakas dibahagi kepada beberapa dialek yang berkait-rapat, yang terbahagi kepada beberapa kelompok-kelompok: Sagai, Kacha, Koybal, Beltir, dan Kyzyl. Mereka-mereka ini yang bertutur dialek ini dirujuk sebagai Tadar (bermaksud Tatar).Terdapat catatan utama dari bahasa Khakas bermula sejak kurun ke-19. Penulis berbangsa Finland, Matthias Castrén, yang merantau merentasi utara dan tengah Asia, diantara tahun 1845-1849, telah mencatit satu tesis untuk dialek Koybal, dan direkod sebagai karya sastera. Wilhelm Radloff telah merantau dikawasan selatan Siberia diantara 1859 dan 1870. Dari hasil kajiannya, diterbitkan didalam 4 jilid kamusnya, dan dalam siri jilid ke-10nya dari teks bahasa Turkik. Jilid keduanya mengandungi bahan-bahan bahasa Khakisnya, yang terdapat terjemahan Jerman. Jilid ke-9, terdapat terjemahan Rusia, yang disediakan oleh pelajar Radloff, yaitu Katanov, yang juga merupakan orang Sagai, dan mempunyai lebih banyak lagi bahan-bahan bahasa Khakas.Kesusasteraan bahasa Khakas, dibangunkan hanya selepas era Revolusi Rusia 1917, yang berasas dialek Sagai dan Kacha; dialek Beltir begitu mesra dengan dialek Sagai, dan dialek Koybal dengan Kacha. Dalam tahun 1924, huruf Cyril telah bermula, dan diganti pada huruf Latin dalam tahun 1929, dan digantikan semula dengan huruf Cyril dalam tahun 1939.
Bahasa_Khakas
Menu
Bahasa_KhakasBerkaitan
Bahas Bahasa Melayu Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Ibrani Bahasa Thai Bahasa-bahasa Austronesia Bahasa Cina Bahasa Melayu MalaysiaRujukan
WikiPedia: Bahasa_Khakas http://www.ethnologue.com/show_family.asp?subid=90... https://d-nb.info/gnd/4410378-5 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00562836 https://www.wikidata.org/wiki/Q33575#