Bahasa_Khmer

Bahasa Khmer (ភាសាខ្មែរ), bahasa orang Khmer dari Kemboja, adalah salah satu dari bahasa Austro-Asia utama. Bahasa Khmer (Bahasa Kemboja), adalah dalam kelompok Mon-Khmer dari bahasa-bahasa Austro-Asia, dipertuturkan sekitar 8 juta orang di Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand, Republik Rakyat China, Perancis dan Amerika Syarikat. Bahasa Khmer banyak menerima bentuk dan kosa kata dari bahasa Thai akibat berabad-abad kedua-duanya saling meminjam kata. Ada pula kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit, bahasa Pali, bahasa Perancis dan bahasa Cina ke dalam bahasa Khmer.

Bahasa_Khmer

Asli di Kemboja, Vietnam, Thailand, China, Amerika Syarikat, Perancis, Australia
Bahasa rasmi di Kemboja
Penutur asli 15.7 hingga 21.6 juta (2004)
  • Penutur asli: 14.7 hingga 20.6 juta
    • Kemboja: 12.1 juta
    • Vietnam: 1.1[1] hingga 7[2] juta
    • Thailand: 1.2 juta
    • USA: 190,000
    • Perancis: ca. 50,000
    • Australia: 22,000
    • Kanada: 16,500
  • Penutur bahasa ke-2: 1 juta di Kemboja  (tiada tarikh)
ISO 639-1 km
Keluarga bahasa
ISO 639-3 Either:
mya — Khmer Tengah
kxm — Khmer Utara
ISO 639-2 khm