Bahasa_Kirundi

Kirundi (juga ditulis Rundi) merupakan bahasa Bantu (D62 dalam klasifikasi Guthrie) yang ditutur hampir 6 juta orang di Burundi dan berdekatan bahagian Tanzania dan Kongo, juga di Uganda. Hutu merupakan kaum majaroriti yang bertutur dalam bahasa ini, manakala Tutsi-15% dan Twa-1%.
Bahasa Kirundi hampir berhubungkait dengan bahasa Kinyarwanda, bahasa utama negara jirannya iaitu Rwanda, dan Giha, bahasa yang ditutur dikawasan barat Tanzania. Kirundi dan Kinyarwanda adalah bahasa yang boleh difahami dan dikongsi antara satu sama lain.Kawasan Rwanda dan Burundi dihuni dan dimiliki oleh tiga kumpulan etnik yang berlainan: Bahutu, Batutsi, dan Batwa (orang kerdil). Umumnya, kumpulan etnik ini berkongsi bahasa yang sama dan dijangka Bahutu menjangkau jumlah yang ramai dari dua kumpulan yang terakhir disebut.Kirundi, biasanya dirujuk kepada bahasa dimana peraturan Meeussen, peraturan yang menerangkan bentuk perubahan tona yang spesifik dalam bahasa Bantu adalah aktif.