Bahasa_Korea

Bahasa Korea (한국어/조선말, lihat bawah) ialah bahasa rasmi kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China. Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 80 juta penutur bahasa Korea, termasuklah kelompok besar di negara-negara Bekas Kesatuan Soviet, serta kelompok etnik Korea di China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, dan sejak kebelakangan ini, Filipina. Pengelasan genealogikal bahasa Korea masih belum ditetapkan. Kebanyakan pakar bahasa menggolongkannya di bawah keluarga bahasa Altaik, namun ada yang menegaskan bahawa bahasa ini sejenis bahasa pencilan. Morfologi bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan Subjek Objek Kerja. Serupa seperti bahasa Jepun dan bahasa Vietnam, bahasa Korea dipengaruhi bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korea. Perkataan bahasa Korea asli membentuk 35% daripada perbendaharaan katanya, manakala kira-kira 60% perbendaharaan kata merupakan perkataan Sino-Korea. 5% yang tinggal merupakan pinjaman daripada bahasa lain, 90% daripadanya bahasa Inggeris.[7]

Bahasa_Korea

Asli di Korea Utara, Korea Selatan, bahagian timur laut dari China, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada z
Sistem penulisan Kegunaan khusus Hangul atau campuran Hangul dan Hanja
Bahasa rasmi di Negeri luas:
Korea Utara, Korea Selatan
Kawasan:
Republik Rakyat China
(Prefektur Berautonomi Yanbian Korean in Provinsi Jilin)
Dikawal oleh Korea Selatan: Gungnip-gugeowon (Institut Kebangsaan Bahasa Korea; 국립국어원)
Korea Utara: Sahoe Kwahagwŏn Ŏhak Yŏnguso (사회 과학원 어학 연구소)
Penutur asli 80 juta  (tiada tarikh)
ISO 639-1 ko
Keluarga bahasa
ISO 639-2 kor