Fonologi Bahasa_Korea

Nota: Laman ini mengandungi simbol fonetik IPA dalam Unikod. Lihat carta IPA untuk bahasa Inggeris untuk kunci sebutan.

Konsonan

Konsonan tulisan Korea.
BibirAlveolarPostalveolarVelarGlotal
Plosif dan
afrikat
biasa /p/ /t/ /ʨ/ /k/
tegang /p͈/ /t͈/ /ʨ͈/ /k͈/
beraspirasi /pʰ/ /tʰ/ /ʨʰ/ /kʰ/
Frikatifbiasa /s/ /h/
tegang /s͈/
Hentian nasal /m/ /n/ /ŋ/
Konsonan kibasan /ɾ/

Contoh perkataan dengan konsonan:

BunyiContohTranskripsi RomanBahasa Melayu
ㅂ /p/ [pal]bal'kaki'
ㅃ /p͈/빨다 [p͈alda]ppalda'menghisap'
ㅍ /pʰ/ [pʰal]pal'lengan'
ㅁ /m/ [mal]mal'kuda'
ㄷ /t/ [tal]dal'bulan'
ㄸ /t͈/ [t͈al]ttal'anak perempuan'
ㅌ /tʰ/타다 [tʰada]tada'menunggang'
ㄴ /n/ [nal]nal'hari'
ㅈ /ʨ/ [ʨal]jal'baik'
ㅉ /ʨ͈/짜다 [ʨ͈ada]jjada'memerah; menjadi masin'
ㅊ /ʨʰ/차다 [ʨʰada]chada'menendang'
ㄱ /k/가다 [kada]gada'pergi'
ㄲ /k͈/깔다 [k͈alda]kkalda'menyebar'
ㅋ /kʰ/ [kʰal]kal'pisau'
ㅇ /ŋ/ [paŋ]bang'bilik'
ㅅ /s/ [sal]sal'daging'
ㅆ /s͈/ [s͈al]ssal'bijian beras'
ㄹ /l/바람 [paɾam]baram'angin'
ㅎ /h/하다 [hada]hada'buat'

Simbol IPA <͈> (tanda petikan lurus berganda dalam bentuk subscript) digunakan untuk menandakan konsonan yang tegang /p͈/, /t͈/, /k͈/, /ʨ͈/, /s͈/. Kegunaan rasminya dalam Extended IPA ialah untuk artikulasi yang 'kuat', namun juga digunakan dalam cetakan bagi suara faukal (faucalized voice). Konsonan-konsonan bahasa Korea juga mengandungi unsur-unsur suara kaku, tetapi belum diketahui sejauh mana kerapnya konsonan faukal. Konsonan-konsonan ini dihasilkan dengan kekangan sebahagian glotis dan tekanan subglotal tambahan serta juga dinding saluran vokal yang tegang, perendahan larinks, atau mana-mana kembangan larinks yang lain.

Kadang-kala konsonan tegang itu ditandakan dengan simbol berupa koma atas <ʼ>, namun ini kurang sesuai, kerana IPA <ʼ> mewakili konsonan ejektif, dengan penaikan glotis seakan omboh dan tekanan udara bukan pulmonik yang tidak dikongsi oleh konsonan tegang bahasa Korea ini.

Vokal

Huruf vokal bahasa Korea

Monoftong

/i/ ㅣ,/e/ ㅔ,/ɛ/ ㅐ,/a/ ㅏ,/o/ ㅗ,/u/ ㅜ,/ʌ/ ㅓ,/ɯ/ ㅡ,/o̷/ ㅚ

Bunyi vokal yang didahului oleh pengantara, atau Diftong

/je/ ㅖ,/jɛ/ ㅒ,/ja/ ㅑ,/wi/ ㅟ,/we/ ㅞ,/wɛ/ ㅙ,/wa/ ㅘ,/ɯi/ ㅢ,/jo/ ㅛ,/ju/ ㅠ,/jʌ/ ㅕ,/wʌ/ ㅝ

(/ɯi/ ㅢ ialah satu-satunya diftong sejati dalam bahasa Korea.)

Monoftong

Bahasa Korea mengandungi 8 kualiti vokal yang berlainan serta kelainan kepanjangan vokal. Dua vokal lagi, iaitu vokal membulat hadapan separuh tertutup /ø/ dan vokal membulat hadapan tertutup /y/, masih kedengaran dalam pertuturan sesetengah penutur yang lebih tua, namun bunyi vokal tersebut masing-masing telah banyak diganti dengan diftong [we] dan [wi]. Dalam satu pantauan terhadap 350 orang penutur di Seoul pada tahun 2003, hampir 90% menyebut huruf vokal 'ㅟ' sebagai [wi]. Kelainan kepanjangan hampir lenyap sama sekali; kelainan kepanjangan bagi semua bunyi vokal masih kedengaran dalam penutur yang lebih tua, tetapi hampir semua penutur yang muda sama ada tidak memperlainkan kepanjangan vokal secara konsisten atau langsung tidak memperlainkan kepanjangan vokal sama sekali. Kelainan antara /e/ dan /ɛ/ juga menjadi unsur yang kian pupus dalam sesetengah penutur lebih muda, terutamanya di kawasan Seoul, manakala dalam kawasan-kawasan dialek lain, kedua-dua vokal ini masih ketara lainannya. Bagi penutur yang tidak melakukan pembezaan ini [e] lebih kerap didengar. Vokal /ʌː/ panjang pula menjadi [əː] bagi kebanyakan penutur.

Vokal pendekVokal panjang
/i/ 시장 (sijang [ɕiˈʥaŋ], 'kelaparan')/iː/ 시장 (sijang [ˈɕiːʥaŋ], 'pasar')
/e/ 베개 (begae [peˈɡɛ], 'bantal')/eː/ 베다 (beda [ˈpeːda], 'memotong')
/ɛ/ 태양 (taeyang [tʰɛˈjaŋ], 'matahari')/ɛː/ 태도 (taedo, [ˈtʰɛːdo], 'kelakuan')
/a/ (mal [ˈmal], 'kuda')/aː/ (mal [ˈmaːl], 'kata, bahasa')
/o/ 보리 (bori [poˈɾi], 'barli')/oː/ 보수 (bosu [ˈpoːsu], 'gaji')
/u/ 구리 (guri [kuˈɾi], 'kuprum')/uː/ 수박 (subak [ˈsuːbak], 'tembikai')
/ʌ/ (beol [ˈpʌl], 'hukuman')/əː/ (beol [ˈpəːl], 'lebah')
/ɯ/ 어른 (eoreun [ˈəːɾɯn], 'orang tua')/ɯː/ 음식 (eumsik [ˈɯːmɕik], 'makanan')

Diftong dan luncuran

/j/ dan /w/ dianggap sebagai komponen diftong dan bukannya bunyi konsonan yang berasingan.

    wi[twi]dwi'belakang'ɯi[ˈɯisa]uisa'doktor'
je[ˈjeːsan]yesan'bajet'we[kwe]gwe'kotak'    
[ˈjɛːgi]yaegi'cerita'[wɛ]wae'mengapa'    
ja[ˈjaːgu]yagu'lisut'wa[kwaːˈil]gwail'buah-buahan'    
jo[ˈkjoːsa]gyosa'guru'        
ju[juˈɾi]yuri'kaca'        
[jəːgi]yeogi'sini'[mwʌ]mwo'apa'