Bahasa_Macedonia

Rencana ini adalah tentang Bahasa Slavik ini. Bagi bahasa bukan Slavik yang dituturkan di dunia purba itu, lihat Bahasa Macedonia kuno.Bahasa Makedonia ( македонски јазик (bantuan·maklumat), makedonski jazik, IPA: [maˈkɛdɔnski ˈjazik]) merupakan bahasa rasmi Makedonia Utara, dan sebahagian daripada kumpulan Timur di kalangan bahasa-bahasa Slavik Selatan. terdapat juga pelbagai nama alternatif, banyak yang mempunyai perkataan Slavik. Bahasa ini adalah rapat dan saling bersefahaman dengan Bahasa Bulgaria piawai. Terdapat juga beberapa kesamaan dengan Bahasa Serbia piawai dan loghat Torlakia serta loghat Shop yang dituturkan paling banyak di selatan Serbia, barat Bulgaria, dan di utara dan timur Macedonia.Kedua-dua Bahasa Macedonia dan Bahasa Bulgaria Piawai berkongsi persamaan tipologi dengan Bahasa Romania, Bahasa Yunani, dan Bahasa Albania. Kesemua bahasa ini adalah dalam sprachbund Balkan, walaupun ketiga-tiga yang terakhir adalah dalam kumpulan yang berbeza (Bahasa Romania ialah sebuah Bahasa Romawi, manakala Bahasa Yunani dan Bahasa Albania adalah bersendirian masing-masing di bawah keluarga Bahasa Indo-Eropah).

Bahasa_Macedonia

Sebutan akan ditambah
Sistem penulisan Tulisan Cyril (jenis Macedonia)
Bahasa rasmi di  Makedonia Utara
diiktiraf sebagai bahasa minoriti di sebahagian daripada:
 Albania
 Serbia
Dikawal oleh Institut Bahasa Macedonia "Krste Misirkov" di Universiti Ss. Cyril dan Methodius Skopje
Wilayah Semenanjung Balkan
Penutur asli 6 juta  (tiada tarikh)
ISO 639-1 mk
Keluarga bahasa
ISO 639-3 mkd
ISO 639-2 mac (B)
mkd (T)