Fonologi Bahasa_Mandarin_Baku

Fonologi piawai bagi Bahasa Mandarin Baku adalah seperti berikut. Sungguhpun demikian, sebutan bahasa ini banyak berbeza-beza di kalangan penuturnya, kerana setiap orang (termasuk pemimpin negara) meyisipkan unsur-unsur dialek ibundanya secara semulajadi. Sebaliknya, juruhebah televisyen dan radio dipilih kerana ketepatan sebutan mereka. Berikut adalah fonologi Bahasa Mandarin Baku.

Awalan

Berikut adalah inventori awalan bagi Bahasa Mandarin Baku seperti yang dilambangkan dalam Huruf Fonetik Antarabangsa (IPA):

BibirBibir-
gigi
AlveolarRetrofleksAlveolo-
palatal
Velum
Plosifptk
Nasalmn
Frikatiffsʂ(ʐ)1ɕxɰ
Afrikatʦʦʰʈʂʈʂʰtɕʰ
Anggaran
lateral
l
Anggaranwɻ1j

1 /ɻ/ sering ditranskripsi sebagai [ʐ] (frikatif retrofleks bersuara). Ini melambangkan variasi dalam sebutan antara penutur yang berlainan, dan bukanlah dua fonem berbeza.

Carta serupa digunakan di:

Bagi maklumat lebih lanjut yang menunjukkan bagaimana awalan dan akhiran berinteraksi, lihat carta Zhuyin-IPA ini. Bunyi-bunyi vokal dalam carta ini telah disahkan menurut telunjuk laman IPA rasmi.

Konsonan alveolo-palatal /tɕ tɕʰ ɕ/ berada dalam pembahagian saling melengkapi (lihat pasangan minimal) dengan konsonan alveolar /ts tsʰ s/, konsonan retrofleks /tʂ tʂʰ ʂ/ dan konsonan velum /k kʰ x/. Kesannya, para pakar bahasa lebih gemar mengkelaskan /tɕ tɕʰ ɕ/ sebagai alofon kepada salah satu antara ketiga-tiga set lain. Sistem Yale dan Wade-Giles, contohnya, banyak melihat konsonan lelangit sebagai alofon kepada konsonan retrofleks; Tongyong Pinyin pula menganggapnya sebagai alofon kepada konsonan gigi; dan dalam sistem Braille Cina pula sebagai alofon konsonan velar.

Konsonan yang diistilahkan sebagai retrofleks di sini secara fonetiknya bukan lafazan retrofleks sebenar. Sebaliknya, konsonan-konsonan ini sebenarnya postalveolar apikal rata, yang berbeza daripada konsonan palatoalveolar dan retrofleks (sebenar) (Ladefoged & Wu 1984; Ladefoged & Maddieson 1996:150-154).

/tɕ tɕʰ ɕ/ boleh disebut sebagai [tsj tsʰj sj], khususnya oleh wanita muda dan juga sebilangan lelaki. Sebutan sebegini biasanya dianggap agak keperempuanan dan juga di bawah piawai.

Awalan tunggal paling kerap disebut sebagai [ɰ], namun [n], [ŋ], [ɣ], dan [ʔ] juga kerap didapati dalam sebilangan dialek bahasa Mandarin.

Akhiran

Akhiran, atau rima suku kata dalam bahasa Mandarin Baku, ialah bahagian selepas konsonan awalan. Akhiran bahasa Mandarin boleh dihuraikan secara struktur sebagai (Vm)V(Cf). Dengan erti kata lain, akhiran ini terdiri daripada medial, nukleus (teras), dan koda. Medial ini, jika ada, boleh menjadi salah satu daripada tiga luncuran yang selari dengan tiga vokal tinggi: /i/, /u/, /y/. Koda juga mungkin tidak hadir, atau menjadi salah satu daipada luncuran -i dan -u; atau salah satu daripada dua konsonan nasal -n dan -ŋ.

Sekurang-kurangnya terdapat fonem-fonem berikut:

  • [a] (hanya dalam akhiran [a], [ia], [ua], [ai], [uai], [an], [uan], [au], [iau], [aŋ], [iaŋ], [uaŋ])
  • [e] (hanya dalam akhiran [ie], [ye], [ei], [uei])
  • [ɛ] (hanya dalam akhiran [iɛn], [yɛn] dan dalam sukukata terasing [ɛ])
  • [o] (hanya dalam akhiran [uo], [ou], [iou])
  • [ɔ] (dalam sukukata terasing [ɔ])
  • [ə] (hanya dalam akhiran [ən], [uən], [əŋ], [uəŋ])
  • [ɤ] (hanya dalam akhiran [ɤ])
  • [ɹ̩] (hanya dalam akhiran [ɹ̩])
  • [ɻ̩] (hanya dalam akhiran [ɻ̩])
  • [i] (hanya dalam akhiran [i], [in], [iŋ])
  • [ʊ] (hanya dalam akhiran [ʊŋ], [iʊŋ])
  • [u] (hanya dalam akhiran [u])
  • [y] (hanya dalam akhiran [y], [yn])

Ini menunjukkan terdapat 14 bunyi vokal berlainan. Seiring dengan piawaian yang amat konservatif, ini mewakili satu sistem fonem: /a/ ([a]), /e/ ([e]/[ɛ]), /o/ ([o]/[ɔ]), /ə/ ([ə]/[ɤ]), /ɨ/([ɹ̩]/[ɻ̩]), /i/, /u/ ([ʊ]/[u]), dan /y/.

Apabila medial, nukleus, dan koda bergabung menjadi akhiran, sebutannya mungkin dipengaruh. Berikut adalah senarai penuh akhiran dalam Bahasa Mandarin Baku dalam IPA:

NucleusCodaMedial
Øiuy
aØaiaua
iaiuai
uauiau
naniɛnuanyɛn
ŋiaŋuaŋ
əØɤieuo 1ye
ieiuei
uouiou
nəninuənyn
ŋəŋuəŋ, ʊŋ 2iʊŋ
Øɨiuy

1 Kedua-dua pinyin dan zhuyin mengandungi "o" tambahan yang digunakan selepas awalan "b p m f", maka dibezakan daripada "uo" yang digunakan selepas awalan lain. Secara amnya, "o" diletakkan dalam kolum pertama dan bukannya yang ketiga. Namun begitu, dalam sebutan Beijing, kedua-dua fonem ini seiras.
2 /uəŋ/ disebut [ʊŋ] apabila menyusuli awalan.

Akhiran -r

Rencana utama: Erhua

Bahasa Mandarin Baku juga menggunakan konsonan rhotik, /ɚ/. Penggunaan ini merupakan ciri unik dalam bahasa Mandarin Baku, sementara dialek-dialek lain tiada bunyi ini. Dalam bahasa Mandarin, ciri ini dikenali sebagai Erhua. Terdapat dua kes di mana gunanya ciri ini:

  1. Dalam sebilanga kecil perkataan, seperti 二 "dua", 耳 "telinga", dll. Semua perkataan sedemikian disebut [ɑɚ] tanpa konsonan awalan.
  2. Sebagai akhiran kata nama (Cina Tradisional: -兒, Cina Ringkas: -儿). Akhiran ini bergabung di akhiran suku kata, maka terhasilnya perubahan sebutan yang biasa tetapi kompleks.

Akhiran "r" mestilah dibezakan daripada separuh vokal retrofleks yang ditulis "ri" dalam ejaan pinyin dan diwakili sama ada oleh [ʐ] atau [ɹ] dalam IPA. Menyebut "The star rode a donkey" (Bintang menunggang keldai) dalam bahasa Inggeris Amerika, atau "Wo nü-er ru yiyuan" (Anak perempuan saya masuk hospital) dalam bahasa Mandarin, menjelaskan bahawa "r" pertama dalam mana-mana ayat disebut dengan lidah yang agak lemah, manakala "r" kedua berbunyi seperti lidah dipintalkan secara aktif dan menyentuh bahagian atas mulut.

Dalam dialek bahasa Mandarin yang lain, konsonan rhotik kadang-kadang diganti oleh suku kata yang lain, seperti "li" dalam perkataan yang menandakan lokasi. Contohnya, "zher" dan "nar" masing-masing menjadi "zhe li" dan "na li."

Nada

Perubahan pic relatif dalam empat nada berbeza.

Bahasa Mandarin sepertilah dialek-dialek Cina lain, merupakan bahasa bernada. Ini bermakna bahawa nada, sepertimana konsonan dan vokal, digunakan untuk membezakan perkataan. Kebanyakan orang luar menghadapi kesukaran menguasai nada-nada setiap aksara, namun sebutan nada yang betul penting untuk kemudahan pemahaman kerana banyaknya bilangan perkataan dalam bahasa ini yang hanya dibezakan oleh nada. Berikut adalah empat nada Bahasa Mandarin Baku:

Nama nadaYin PingYang PingShangQu
Kontur nada553521 (4)51
Nombor nada1234
  1. Nada pertama, atau nada rata tinggi (Cina Tradisional: 陰平, Cina Ringkas: 阴平, pinyin: yīnpíng, harfiahnya "rata yin"):Bunyi rata yang tinggi, seakan-akan dinyanyi dan bukan disebut.
  2. Nada kedua, atau nada naik (Cina Tradisional: 陽平, Cina Ringkas: 阳平, pinyin: yángpíng, "rata yang"), atau secara linguistik, tinggi-naik:Bunyi yang timbul dari nada aras tengah ke tinggi (seperti teriakan "Hah?!" apabila terkejut atau tidak dapat dengar)
  3. Nada ketiga, nada rendah, atau rendah-turun-naik (Cina Tradisional: 上聲, Cina Ringkas: 上声, pinyin: shǎngshēng atau shàngshēng, "nada naik"):Bunyi menyurut dari sederhana-rendah ke rendah, lalu naik balik (seperti teriakan "Hah?" apabila tidak faham atau menunjukkan bahawa pesanan dicatatkan)
  4. Nada keempat atau nada turun (Cina Tradisional: 去聲, Cina Ringkas: 去声, pinyin: qùshēng, "nada pergi"), atau tinggi-turun:Bunyi menerjun curam dari aras tinggi ke rendah (serupa dengan teriakan "Hah!" apabila mencari sesuatu atau mendapati pesalah)
  5. Nada kelima, nada neutral atau nada sifar (Cina Ringkas: 轻声; Cina Tradisional: 輕聲; pinyin: qīng shēng, harfiahnya: "nada ringan"), kadang-kadang tersalah faham sebagai tiada nada. Nada neutral ini agak sukar untuk dikuasai penutur bukan ibunda kerana bilangan besar kontur aloton yang tidak dapat disifatkan: tahap bunyinya bergantung hampir sepenuhnya kepada nada yang dibawa oleh suku kata sebelumnya. Situasi ini dirumitkan lagi oleh bilangan variasi dialek yang dikaitkan dengannya; dalam sesetengah rantau, khususnya Taiwan, nada neutral jarang didapati. Sungguhpun terdapat banyak contoh pasangan minimal (contoh, 要是 dan 钥匙, masing-masing yàoshì "jika" dan yàoshi "kunci") namun kadang-kala ini dihuraikan sebagai sesuatu selain nada yang cukup kembang atas sebab teknikal: contohnya, oleh sebab sesetengah pakar bahasa telah lama merasai bahawa kenadaan sukukata yang membawa nada neutral ini merupakan kesan "penyebaran" nada itu pada sukukata sebelumnya. Ide ini banyak diterima secara intuitif kerana tanpanya, nada neutral memerlukan hukum sandhi nada yang amat kompleks untuk difahami; memang begitulah bahawa perlunya 4 aloton berbeza, satu untuk setiap satu daripada empat tron yang mendahuluinya. Sungguhpun demikian, adlaah ditunjukkan bahawa teori "penyebaran" ini tidak cukup menggambarkan nada neutral, terutamanya dalam susunan yang mana lebih daripada satu sukukata bernada neutral diguguskan[1].
 Suku kata "ma" disebut dengan empat nada (bantuan·maklumat)

Berikut adalah hasil kajian dialek Beijing[2]. Dialek-dialek lain mungkin sedikit berbeza.

Nada suku kata pertamaAras nada neutralContohPinyinMaksud
12玻璃bōlikaca
23伯伯bóbopak long
34喇叭lăbatrompet
41兔子tùziarnab

Kebanyakan sistem perumian bahasa Mandarin baku menandakan nada-nada ini dengan membubuh diakritik pada huruf vokal (cth. Pinyin, MPS II dan Tongyong Pinyin). Zhuyin pula juga menggunakan diakritik. Sistem rumi yang lain, seperti Wade-Giles, menggunakan nombor superskrip pada hujung setiap sukukata. Tanda dan nombor nada jarang dipakai dalam buku selain buku teks pembelajaran. Gwoyeu Romatzyh pula tidak menandakan nada-nada dengan simbol, sebaliknya menggunakan huruf-huruf biasa (itupun kaedahnya amat rumit).

Untuk mendengar nada-nada tersebut, lihat http://www.wku.edu/~shizhen.gao/Chinese101/pinyin/tones.htm (klik pada simbol yin yang biru-merah).

Bentuk nada ketiga apabila sebelum nada pertama, kedua dan keempat.

Sebutan juga berbeza-beza dengan konteks menurut hukum sendi nada. Kejadian sejenis ini yang paling sering berlaku adalah yang mana adanya dua nada ketiga berturut-turut, dan pada itu nada yang pertama bertukar menjadi nada naik. Kontur nada ini kadang-kadang tersilap hurai sebagai bersamaan dengan nada kedua; apabila kedua-duanya amat serupa, kebanyakan penutur bahasa ini sebagai bahasa ibunda boleh membezakannya (bandingkan 起码 dan 骑马, pinyin masing-masing qǐ mǎ dan qí mǎ). Dalam kesusasteraan, kontur ini sering digelar nada dua-per-tiga atau nada separuh ketiga. Jika terdapat tiga nada ketiga berturut-turut, hukum sendi nada makin rumit, dan bergantung pada sempadan kata, penekanan, dan variasi dialek.

Perbandingan dengan bahasa lama

Jadual berikut membincangkan sejarah fonologi bahasa Cina, iaitu hubungan antara bahasa Cina Pertengahan (yang ditutur sekitar akhir alaf pertama hingga awal alaf kedua) dengan nada moden:

V- = konsonan awalan tidak bersuara
L = konsonan awalan bergema
V+ = konsonan awalan bersuara (tidak bergema)

Nada Bahasa Cina PertengahanPing (平)Shang (上)Qu (去)Ru (入)
Awalan Bahasa Cina PertengahanV-LV+V-LV+V-LV+V-LV+
Nama Nada Bahasa Mandarin BakuYin Ping
(阴平, 1)
Yang Ping
(阳平, 2)
Shang
(上, 3)
Qu
(去, 4)
bertabur ke semua nada tanpa
mengikut aturan yang nyata
ke Quke Yang Ping
Kontur Nada Bahasa Mandarin Baku5535214515135

Adalah diketahui bahawa jika dua morfem bagi sesuatu gugusan kata tidak boleh disusun mengikut nahu, susunan morfem-morfem tersebut biasanya ditentukan melalui nada — Yin Ping (1), Yang Ping (2), Shang (3), Qu (4), dan Ru (R), iaitu nada akhiran berkonsonan hentian yang sudah lenyap dari bahasa Mandarin baku kesan evolusi bahasa. Berikut adalah beberapa perkataan gugusan yang menunjukkan hukum ini.

左右 (zuǒ yòu, 34)
南北 (nán běi, 2R)
轻重 (qīng zhòng, 14)
贫富 (pín fù, 24)
凹凸 (āo tū, 1R)
喜怒 (xǐ nù 34)
哀乐 (āi lè, 1R)
生死 (shēng sǐ, 13)
死活 (sǐ huó, 3R)
阴阳 (yīn yáng, 12)
明暗 (míng àn, 24)
毁誉 (huǐ yù, 34)
褒贬 (bāo biǎn, 13)
离合 (lí hé, 2R)