Bahasa_Melayu_Brunei
Bahasa_Melayu_Brunei

Bahasa_Melayu_Brunei

Bahasa Melayu Brunei ialah bahasa komunikasi utama penduduk di Negara Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan, Daerah Limbang, Miri dan Lawas di Sarawak dan Daerah Sipitang, Papar, Bongawan, Kimanis, dan beberapa daerah lain di Sabah. Bahasa ini mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu baku. Penggunaan Bahasa Brunei berbeza-beza dari segi sebutan dan cara bertutur mengikut setiap daerah.Sebagai contoh, Bahasa Melayu Brunei di daerah Bongawan, Sabah menyerupai penggunaan Bahasa Melayu di Tanah Semenanjung Malaysia dimana kebanyakan perkataan berakhir dengan huruf 'a' bertukar kepada huruf 'e' (Tekilala=kenal menjadi Tekilale=kenal).Untuk makluman, Bahasa Melayu Brunei ada sedikit persamaan dengan Bahasa Kedayan sama seperti Bahasa Melayu Kelantan dan Terengganu.