Bahasa_Melayu_Negeri_Sembilan

Bahasa Melayu Negeri Sembilan (tulisan Jawi:بهاس ملايو نڬري سمبيلن) atau dikenali juga sebagai "bahaso nogoghi" ialah Bahasa Melayu dengan dialek lisan setempat yang digunakan di Negeri Sembilan, Malaysia, dan bahagian utara daerah Alor Gajah, Melaka. Bahasa negeri ini banyak diperngaruhi oleh Bahasa Minangkabau kerana asal usul leluhur kebanyakan penduduk yang menetap di Negeri Semblian adalah berasal dari Sumatera Barat.Masyarakat di beberapa daerah di utara Melaka juga bertutur dalam loghat yang hampir serupa dengan Bahasa Melayu Negeri Sembilan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu piawai, walaupun ia mempunyai banyak persamaan.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.