Bahasa_Melayu_Pattani

Bahasa Yawi, (Tulisan Jawi: بهاس جاوي) merupakan transkripsi perkataan Bahasa Thai ภาษายาวี (Phasa Yawi), yang difahami oleh Orang Thai sebagai Bahasa Melayu Patani (Jawi: بهاس ملاي ڤطاني).Bahasa Yawi juga dipanggil Baso Nayu atau Kecek Nayu dituturkan secara meluas di wilayah-wilayah selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, dan sesetengah kawasan di Songkhla serta Satun, selain itu ia juga dituturkan di beberapa kawasan utara semenanjung Malaysia terutama sekali Kelantan dan di daerah Baling dan Sik di Kedah. Dianggarkan bahawa terdapat 3 juta orang penutur Bahasa Yawi[1].Bahasa Melayu Patani merupakan sebuah Bahasa Austronesian dan menggunakan Tulisan Jawi dan Tulisan Thai. Bahasa Melayu dan kemungkinan juga Bahasa Melayu Patani pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket (berasal daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu "bukit") dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya. Lagipun, banyak nama tempat di selatan Thailand berasal daripada Bahasa Melayu.Bahasa Melayu Patani ini adalah serumpun dengan Bahasa Melayu Kelantan malah ada persamaan sedikit dengan Bahasa Melayu Kedah serta mungkin juga bahasa induk/akar/asal kepada Bahasa Melayu Kedah Ulu iaitu di daerah Baling dan Sik serta Bahasa Melayu Ulu Perak di daerah Grik juga Bahasa Melayu Terengganu.Persamaan Bahasa Melayu Pattani dan Bahasa Melayu Kelantan adalah hampir 90% namun perbezaan kedua-dua bahasa ini adalah dari segi beberapa perkataan dan cara penyebutan dan intonasi. Ini kerana Bahasa Melayu Pattani telah terpengaruh sedikit oleh Bahasa Thai dan Bahasa Siam manakala Bahasa Melayu Kelantan terpengaruh oleh loghat Bahasa Melayu dan dialek Melayu yang lain di Malaysia serta Bahasa Inggeris.Sebutanayam (ايم) menjadi aye; makan (ماکن) menjadi makeminta مينتا menjadi Mito  rumah رومه menjadi rumohSini سيني menjadi siningbuaso بواسو menjadi Boso  Sungai سوڠاي menjadi sunga  Pisau ڤيساو perubahan kepada pisa  siam سيام menjadi siye  Biasa بياسا menjadi Beso  malas مالس perubahan malah  حاکيم hakim perubahan kepada hakeng  orang اورڠ menjadi oghe  bukit بوکيت menjadi buke (bukiʔ)  Bule ('bulan') vs bu:le ('beberapa bulan'); katok ('menyerang') vs ka:tok ('katak'); Siku ('siku') vs si:ku ('alat tangan')