Bahasa_Scots
Bahasa_Scots

Bahasa_Scots

Bahasa Scots (atau "Scots", "Lallans", ejaan puitis buat lawlands atau "tanah rendah") ialah sebuah bahasa Jerman Barat yang ditutur di Tanah Rendah dan Kepulauan Utara negeri Scotland serta di tanah jajahan Ulster di Ireland (di mana ia dikenali sebagai Ulster-Scots, Scotch ataupun Ullans). Di kebanyakan tempat, bahasa Scots ditutur bersama-sama bahasa Gaelic Scots dan bahasa Inggeris.Sehingga abad ke-15, bahasa Scottis (bentuk modennya, Scots) merupakan nama buat Gaelic, bahasa Celt bangsa Scotland kuno. Mereka yang bertutur dalam bahasa Scots memanggil bahasa Gaelic Erse (bermaksud "bahasa Ireland"). Gaelic Scotland sekarang biasanya dipanggil Gaelic Scots dan bahasa ini ditutur di wilayah barat Tanah Tinggi Scotland dan kepulauan Scotland. Sebahagian besar bahasa Scots terbit daripada bahasa Inggeris Kuno daerah Northumbria, mahupun terpengaruh dengan bahasa Norse Kuno melalui kehadiran Viking, Bahasa Belanda dan bahasa Saxon Rendah melalui perdagangan dengan (pendatang dari) Negeri-Negeri Pamah. Juga, bahasa Scots dipengaruhi bahasa Romawi yang diguna gereja dan dalam Latin perundangan, dan Anglo-Norman dan selepasnya bahasa Perancis Paris ekoran daripada Perikatan Lama (Auld Alliance).Penutur bahasa Anglia sudah bertapak di tenggara Scotland menjelang kurun ketujuh. Dalam kurun ke-13, di bawah pemerintah Norman penutur bahasa Inggeris Pertengahan Northumbria dijemput untuk tinggal di sana oleh Raja. Buat kali pertamanya bahasa Scots muncul dalam bentuk tertulis dalam kurun ke-14 dan bentuknya tidak banyak berbeza daripada dialek-dialek bahasa Inggeris utara. Bahsa Anglia Scotland berkembang dengan tersendiri semenjak waktu itu. Menjelang lewat kurun ke-15, para penutur menyedari perbezaan dengan bahasa yang ditutur di wilayah yang terletak di selatan lebih ketara dan bangsa Scotland yang bertutur dengan bahasa Scots mula memanggil bahasa mereka "Scots". Bahasa Scots memiliki kata pinjaman oleh sebab orang Scotland bercampur dengan penutur bahasa Gaelic. Kata-kata pinjaman yang mereka ambil lazimnya adalah untuk perkara-perkara geografi dan kebudayaan, seperti clan ("suku") dan loch ("tasik"). Sperti bahasa hidup yang lain, bahasa Scots sudah berubah sedikit dengan peredaran masa, walaupun dapat dikatakan yang ia lebih dekat dengan leluhur Anglo-Saxonnya berbanding dengan bahasa Inggeris. Banyak kata-kata bahasa Scots seperti flit ("berarak pantas"), greed ("ketamakan"), eerie ("menyeramkan"), cuddle ("peluk"), dan clan ("suku") sudah menjadi sebahagian daripada bahasa Inggeris.

Bahasa_Scots

Diiktiraf sebagai bahasa minoriti dalam United Kingdom (Scotland dan Ireland Utara)
Asli di United Kingdom, Republik Ireland
Dialek
Bentuk-bentuk awal:
Sistem penulisan Abjad Latin
Bahasa rasmi di Tiada
— Diklasifikasi sebagai "bahasa tradisional" oleh Kerajaan Scotland.
— Diklasifikasi sebagai "bahasa wilayah atau minoriti" di bawah Piagan Eropah untuk Bahasa-Bahasa Wilayah ataupun Minoriti, disahkan oleh United Kingdom dalam tahun 2001.
— Diklasifikasi sebagai "bahasa tradisional" oleh The Noarth/Sooth Buird o Leid.
Linguasphere 52-ABA-aa (varieties:
52-ABA-aaa to -aav)
Dikawal oleh Scotland: Tiada, mahupun terdapat kamus Dictionar o the Scots Leid yang dipatuhi ramai, dan perjanjian percampuran (2003) Kerajaan Scotland berjudul Partnership for a Better Scotland ("Perkongsian Scotland Gemilang") menjanjikan "sokongan"..
Ireland: Tiada, mahupun Boord o Ulstèr-Scotch ("Agensi Scots Ulster'), yang ditibuhkan hasil Guid Friday Greeance, menggalakkan penggunaannya.
Wilayah Scotland: Scots Lowlands, Northern Isles, Caithness, Arran dan Campbeltown
Ulster (Ireland): Kaunti Doun, Antrim, Londonderry dan Donegal
Penutur asli 110,000–125,000  (1999–2011)[1]
1.5 juta penutur L2.[2]
In the 2011 census, respondents indicatit that 1.54 million (30%) are able tae speak Scots.[3]
Keluarga bahasa
ISO 639-3 sco
ISO 639-2 sco