Bahasa_Suryani

Bahasa Suryani atau bahasa Syria (dalam bahasa Inggeris: Syriac language) adalah sebuah bahasa Aram Timur yang pernah dipertuturkan di sebahagian besar wilayah Bulan Sabit Subur. Namun secara luas definisi bahasa Suryani ialah semua bahasa Aram Timur yang dipertuturkan oleh komuniti Kristian di Timur Tengah.Bahasa Suryani ditulis dengan Abjad Suryani.Bahasa Suryani bukan Bahasa Arab dialek Syria, walaupun bahasa Suryani mempengaruhi bahasa Arab.