Bahasa_Sweden
Bahasa_Sweden

Bahasa_Sweden

Bahasa Sweden ( svenska (bantuan·maklumat)) ialah satu bahasa Jermanik Utara (bahasa Skandinavia) yang tertumpu di negara Sweden dan beberapa bahagian di Finland, terutamanya di sepanjang pesisiran pantai dan kepulauan Åland, dengan jumlah penuturnya meleibhi 9 juta orang. Bahasa ini salng difahami dengan dua bahasa Skandinavia yang lain, iaitu bahasa Denmark dan Norway. Bersama bahasa-bahasa Jermanik Utara yang lain, bahasa Sweden merupakan keturunan Bahasa Norse Kuno, iaitu bahasa Skandinavia am dalam zaman Viking.Bahasa Sweden Baku dijadikan bahasa kebangsaan yang berevolusi daripada dialek Sweden Tengah pada abad ke-19 dan dirasmikan menjelang awal abad ke-20. Sungguhpun variasi setempat yang ketara yang diturunkan daripada dialek lama masih wujud, bahasa bertulis dan lisannya seragam dan dipiawaikan, dengan kadar celik huruf 99% di kalangan orang dewasa. Sesetnegah dialek banyak berbeza daripada bahasa piawai dari segi tatabahasa dan kosa kata dan tidak semestinya saling difahami dengan Bahasa Sweden Baku. dialek-dialek ini terhad dalam kawasan luar bandar dan ditutur teutamanya oleh sebilangan kecil orang yang kurang mobiliti sosial. Meskipun tidak diancam kepupusan, dialek-dialek sedemikian makin berkurangan penggunaannya sepanjang seabad yang lalu, meskipun kenyataan bahawa dialek-dialek ini dikaji dengan teliti dan penggunaannya sering digalakkan pihak berkuasa tempatan.Susunan ayat bahasa Sweden lazimnya berbentuk Subjek-Kata Kerja-Objek, itupun boleh diubah untuk menekankan perkataan atau ungkapan tertentu. Morfologi bahasa Sweden serupa kepada bahasa Inggeris, iaitu perkataannya agak kurang fleksinya; terdapat dua jantina, tiada kasus tatabahasa (namun analisa lama menganjurkan dua kasus, iaitu nominatif dan genitif), dan adanya perbezaan antara bentuk jamak dan mufrad. Kata adjektif dibandingkan seperti dalam bahasa Inggeris, dan juga difleksi mengikut jantina, bilangan dan kepastian. Kepastian kata nama lazimnya ditandai dengan akhiran, dilengkapi dengan artikel pasti dan tidak pasti. Prosodinya bercirikan tekanan dan dalam kebanyakan dialek nada. Bahasa ini agak besar inventori vokalnya.