Bahasa_isyarat
Bahasa_isyarat

Bahasa_isyarat

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur. Bahasa isyarat berkembang di kalangan komuniti pekak @ tuli, dan juga digunakan oleh suadara-mara penutur pekak, serta jurubahasa isyarat.Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual, bahasa badan) untuk memberi makna—serentak dengan gabungan bentuk tangan, orientasi dan pergerakkan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.Bilamana terdapat komuniti orang pekak, bahasa isyarat wujud. Tatabahasa spatial amat berbeza dengan tata bahasa pertuturan.[1][2] Sebagai contoh, berikut adalah tatabahasa Bahasa Isyarat Malaysia yang biasa digunakan oleh komuniti Pekak di Malaysia;s - subjek, o- objek, v- verb (perbuatan)Terdapat beratus bahasa isyarat digunakan di dunia dan merupakan teras budaya pekak tempatan. Sesetengah bahasa isyarat telah menerima satu bentuk pengesahan bahasa isyarat, sementara yang lain tidak memiliki sebarang bentuk status langsung.