Bahulu
Bahulu

Bahulu

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi. Bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.