Bahá'í
Bahá'í

Bahá'í

Bahai[1] ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia (Iran) oleh Mírzá Ḥusayn-`Alí Núrí (Bahá'u'lláh). Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.Agama ini mucul di Iran pada tahun 1847M. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz (1850M).Agama Bahai ialah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu (?), walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.Amanat utama pesanan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".Agama Bahai berbeza daripada agama Islam Syiah, tetapi muncul daripada agama ini seperti agama Kristian muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha daripada agama Hindu.Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.