Bahai[1] ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka
Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di
Persia (
Iran) oleh
Mírzá Ḥusayn-`Alí Núrí (
Bahá'u'lláh). Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya
Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh
Akbar Agung.Agama ini mucul di Iran pada tahun 1847M. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh
Siyyid `Alí-Muhammad dari
Shiraz (1850M).Agama Bahai ialah
agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti
Musa,
Krishna,
Buddha,
Zarathustra,
Jesus,
Muhammad, dan terkini sekali adalah
Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu (?), walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.Amanat utama pesanan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".Agama Bahai berbeza daripada agama Islam
Syiah, tetapi muncul daripada agama ini seperti agama Kristian muncul daripada
agama Yahudi dan agama
Buddha daripada agama
Hindu.Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di
Haifa,
Israel.