Baiat_Ridhwan

Baiah Ridhwan (Bahasa Arab: بيعة الرضوان‎ bayʻat al-riḍwān) berlaku pada tahun ke-6 Hijrah (628 M) ketika Muhammad bersama 1600 atau 1400 orang sahabat dari Madinah menuju kota Makkah untuk menunaikan umrah.Dalam perjalanan ke Makkah, rombongan Islam disekat oleh orang kafir Quraisy di Hudaibiyah kerana:Rasulullah menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka. Khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan menyebabkan orang Islam berbaiah (ikrar taat setia) kepada Rasulullah untuk berjihad memerangi orang Quraisy.Orang Quraisy yang berasa bimbang dengan kekuatan umat Islam lalu membebaskan Uthman menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Muhammad dengan itu, termenterailah Perjanjian Hudaibiyah di antara Muhammad (pihak Islam) dengan Suhail bin Amru (orang Quraisy).