Baik_Punya_Cilok
Baik_Punya_Cilok

Baik_Punya_Cilok

Baik Punya Cilok merupakan filem komedi yang diarahkan oleh Afdlin Shauki dan dibintangi oleh dirinya sendiri, Hans Isaac, AC Mizal dan Awie. Filem ini mengisahkan lima sahabat iaitu Aben, Bob, Jerry, Wak dan Leman yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, tauke pajak gadai bagi mendapatkan kembali keronsang nenek Wak yang digadaikannya ketika berkahwin dengan isterinya dulu. Pelbagai peristiwa lucu terjadi semasa mereka melakukan perancangan untuk mendapatkan keronsang itu semula.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Disember 2005.Filem ini mengejutkan banyak pihak kerana kutipan tayangan selama seminggu mencecah RM1 juta.Untuk meraikan ulang tahun ke-10, filem ini telah diadaptasikan kepada bentuk teater di Istana Budaya pada tahun 2015.[1]