Bait

Makalah ini merujuk kepada Bait (Byte) yang digunakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selain daripada itu, bait juga merujuk kepada baris ayat yang terdapat dalam puisi seperti pantun dan sajak.

Bait merujuk kepada unit data yang terdiri daripada 8 bit yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan komputer peribadi. Bait mewakili aksara seperti huruf abjad, nombor dan simbol tipografi.Huruf "B" digunakan dalam singkatan kepada bait. (bit menggunakan singkatan "b".) seperti kB = Kilobait. Cakera keras berkapasiti 40GB secara mudahnya bermaksud cakera keras berkenaan mampu menyimpan sehingga 40 ribu juta (billion) bait atau Gigabait data.Bait didarabkan berasaskan kuasa 2 dan dalam sebutan biasa, angka perpuluhannya dibulatkan. Sebagai contoh, 1 Gigabait disebut sebagai 1 ribu juta bait walaupun angka sebenarnya ialah 1,073,741,824 bait.Sebagai panduan: