Baitulmal_MAIWP

Baitulmal MAIWP ialah bahagian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berperanan dalam mengagihkan wang zakat secara langsung kepada asnaf di Wilayah Persekutuan. Sebanyak 28 Skim Agihan Zakat ditawarkan oleh Baitulmal MAIWP. Usaha membantu dan menyantuni asnaf sentiasa diutamakan. Baitulmal MAIWP telah melalui proses transformasi dibawah teraju Pengurus Bahagian Baitulmal iaitu YBhg. Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya.Permohonan bantuan daripada wang zakat tidaklah begitu merumitkan. Prinsipnya, jika anda seorang asnaf dengan bukti yang cukup melalui dokumentasi yang jelas, anda layak menerima wang zakat.