Bajingan

Bajingan[1] (Jawi: باجيڠن, juga dikenali sebagai penjarah,[2] penjahat atau watak jahat) dalam kesusasteraan, drama dan sejarah ialah watak yang memainkan peranan antagonis atau watak jahat. Watak bajingan merancang dan melakukan pelbagai bentuk jenayah dan bertindak menentang wira atau watak protagonis dalam sesuatu cerita.[2]Bajingan penting dalam sesuatu cerita kerana ia menonjolkan perbezaannya dengan watak utama sebagai watak lawan dan meneruskan jalan cerita. Perbezaan mereka dengan wira ialah wira biasanya mempunyai sifat-sifat berani, hebat dan baik sedangkan bajingan bersifat jahat, keji dan tidak bermoral.