Gambaran Baka_anjing

Baka anjing bukan pengelasan biologi takrifan saintifik, tetapi merupakan pengelompokan yang ditakrifkan oleh kelab penghobi yang dipanggil kelab baka. Baka anjing diwakili oleh sebilangan individu yang cukup untuk memindahkan ciri spesifiknya untuk generasi seterusnya. Anjing daripada baka sama mempunyai ciri penampilan dan tingkah laku yang sama, terutamanya kerana mereka datang daripada satu set leluhur yang mempunyai ciri sama.[3] Anjing daripada satu baka tertentu membiakkan baka tulen, menghasilkan anak yang hampir sama dengan induk. Seekor individu anjing dikenal pasti sebagai ahli satu baka melalui bukti leluhur, menggunakan analisis genetik atau rekod leluhur. Tanpa bukti, pengenalpastian satu baka tertentu tidak boleh diharap.[4] Rekod tersebut, dipanggil buku pembaka, mungkin dikekalkan oleh individu, kelab atau pertubuhan yang lain.