Banchan
Banchan

Banchan

Sup & stuBanchanBanchan (hangul=반찬; hanja=飯饌; English: /ˈbɑːntʃɑːn/; juga dieja panch'an) merujuk kepada hidangan sampingan kecil atau lauk yang disaji bersama nasi dalam masakan Korea.Lazimnya di atas meja akan terdapat satu juadah lengkap yang dinamakan 'bansang' (반상) yang selalunya mengandungi bap (밥, nasi), guk atau tang (sup), gochujang atau ganjang, jjigae, dan kimchi. Menurut bilangan banchan yang ditambah, susunan meja dipanggil 3 cheop (삼첩), 5 cheop (오첩), 7 cheop (칠첩), 9 cheop (구첩), 12 cheop (십이첩) bansang, dengan 12 cheop lazimnya untuk santapan diraja.[1]Banchan diletakkan ditengah-tengah meja untuk dikongsi. Di tengah-tengah meja tersebut ialah sajian utama sekunder, galbi atau bulgogi, dengan seperiuk jjigae yang dikongsi. Mangkuk nasi dan guk (sup) adalah diletakkan untuk setiap individu. Banchan dihidang dalam saiz yang kecil, yang bertujuan untuk dihabiskan setiap kali makan dan hanya ditambah jika tidak cukup. Lazimnya, semakin formal hidangan tersebut, semakin banyak banchan disaji. Wilayah Jeolla terutamanya memang terkenal dengan menyedikan pelbagai banchan dalam satu juadah lengkap.[2]

Banchan

Hanja
Hangul 반찬
McCune–Reischauer panch'an
Perumian Semakan banchan

Rujukan

WikiPedia: Banchan http://www.1stopkorea.com/index.htm?cooking.htm~ma... http://koreanfood.about.com/od/reviewsandrecommend... http://donga.com/food/cuisine_detail_2.php?cookid=... http://woman.donga.com/docs/magazine/woman/2006/12... http://www.kimchitime.com/kimchi_type.htm http://www.koreainfogate.com/taste/food/recipemain... http://www.lifeinkorea.com/Food/Food.cfm?Subject=n... http://www.lifeinkorea.com/food/Food.cfm?Subject=s... http://www.maangchi.com/recipe/sigumchi-namul http://100.naver.com/100.nhn?docid=726745