Pelaksanaan Banci_Penduduk_dan_Perumahan_Malaysia_2020

Bancian Malaysia 2020 dilaksanakan secara atas talian selaras dengan kemajuan teknologi, perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, dan Pandemik COVID-19 melanda. Pengumpulan maklumat banci secara atas talian diperkenalkan melalui Portal Banci (mycensus.gov.my) dan aplikasi mudah alih. Sekeping poskad akan dihantar setiap kediaman yang mengandungi panduan mengisi dan pautan e-Census untuk melengkapkan borang e-Census di Portal Banci.[1] Banci ini mewajibkan kepada semua orang awam untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan banci.[2]