Rekreasi Bandar_Baru_Bangi

Taman Tasik Cempaka

Taman Tasik Cempaka, kelihatan juga Pusat Membeli Belah Bangi Utama.,

Telah dibangunkan oleh kerajaan negeri atas permintaan penduduk Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya yang menginginkan sebuah kawasan rekreasi dan tempat beriadah di tempat mereka. Taman Tasik Cempaka mendapat namanya berikutan dari banyaknya pokok bunga cempaka yang ditanam sebagai tumbuhan yang menghiasi lanskapnya.[4]

Sebuah sungai kecil dari cawangan Sungai Langat telah disekat aliran airnya untuk menjadi sebuah tasik buatan. Kawasan takungan air tersebut telah diperdalamkan dan kawasan sekitarnya telah diperindahkan lagi dengan pelbagai tanaman pokok-pokok hiasan.

Diantara kemudahan-kemudahan awam yang disediakan ialah trek joging sepanjang 3 kilometer yang mengelilingi taman tasik ini.

Skatepark Taman Tasik Cempaka

Perpustakaan Daerah Hulu Langat

Persiaran Pusat Bandar 1, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor DE

Bangi Superbowl

Terletak di tingkat 4, kompleks membeli belah Bangi Utama.