Bandar_Bukit_Tinggi
Bandar_Bukit_Tinggi

Bandar_Bukit_Tinggi

Koordinat: 3°00′08″N 101°26′04″E / 3.0022°N 101.4345°E / 3.0022; 101.4345Bukit Tinggi terletak di bahagian selatan daerah Klang, Selangor, Malaysia. Taman perumahan bersepadu dan moden ini dibina mulai tahun 1997 oleh WCT Land Berhad untuk menampung keperluan penduduk Bandar DiRaja Klang.Bandar Bukit Tinggi mempunyai lebih daripada 15,000 unit hartanah berkualiti pelbagai jenis yang didiami oleh lebih daripada 50,000 orang penduduk. Kos keseluruhan pembangunan Bandar Bukit Tinggi di Klang pada setakat akhir tahun 2007 adalah lebih daripada RM3.6 billion (lebih daripada $1 billion dolar Amerika).
Lebih dikenali sebagai Bukit Tinggi Klang, kawasan perumahan dan komersial ini merupakan tumpuan kegiatan ekonomi dengan pelbagai jenis kedai dan kemudahan. Pusat membeli-belah AEON Jusco yang terbesar di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara, iaitu Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi turut dibina di sini.
Bandar Bukit Tinggi mempunyai 3 kawasan pembangunan utama iaitu Bandar Bukit Tinggi 1 (BBT1), Bandar Bukit Tinggi 2 (BBT2) dan Bandar Bukit Tinggi 3 (juga dikenali sebagai Bandar Parklands). Lokasi-lokasi yang berdekatan dengan Bandar Bukit Tinggi di Klang termasuklah Bandar Botanic, Bandar Puteri Klang, Kota Kemuning, Glenmarie Cove, Pulau Indah, Pelabuhan Barat dan juga Lebuhraya KESAS.