Bandar_Jasin
Bandar_Jasin

Bandar_Jasin

Bandar Jasin merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Melaka yang terletak di Daerah Jasin, Melaka, MalaysiaMelaka dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).Sungai Kesang mengalir melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat bandar lama.Bandar Jasin ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1, Jasin 2, Jasin 3.Pusat bandar lama (Jasin 1) terdiri daripada deretan rumah-kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal di tingkat atasnya.Bangunan-bangunan komersil baru pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru ini dengan bandar lama.