Bandar_Karakura
Bandar_Karakura

Bandar_Karakura

Bandar Karakura (空座町 Karakura-chō, ataupun Karakura Town dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah kawasan fiksyen di Tokyo dalam siri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Bandarnya bersempadan dengan Bandar Naruki (Naruki-shi) di bahagian barat.Setiap kejadian dalam siri Bleach mengambil tempat di sini, sehingga ichigo dan rakan-rakannya mengembara ke Soul Society. Seaktu babak Soul Society, Bandar Karakura jarang dilihat, hanya sewaktu pertarungan di antara Don Kanonji dan Perwira Karakura dengan golongan hollow. Karakura juga merupakan kawasan utama dalam plot Bleach apabila Ichigo kembali ke dunia manusia daripada Soul Society.Setiap watak dalam Bleach yang belajar di Sekolah Menengah Karakura tinggal di bandar ini, kecuali keluarga Asano Keigo dan Kojima Mizuiro. Kebanyakan daripada mereka, termasuklah Kurosaki Ichigo, Inoue Orihime dan Sado Yasutora, tinggal di bahagian selatan Bandar Karakura.Karakura pernah disebut sebagai kawasan terkini di mana kunci diraja (王鍵, ōken) perlu diciptakan demi memasuki kawasan dimensi raja di Soul Society. Ukitake Jūshirō pernah mengatakan bahawa Bandar Karakura mempunyai radius sepanjang dua setengah batu.[1] Ini juga memerlukan kepadatan sebanyak 100,000 roh-roh di Karakura.[2] Apabila dicipta, kunci tersebut akan melesapkan sebahagian besar bandar tersebut.