Sejarah Bandar_Muadzam_Shah

Bandar Muadzam Shah telah dibuka pada 1979 oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah lebih 25 tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan yang memiliki pentadbiran sendiri seperti terciptanya Putrajaya. Kini Bandar Muadzam Shah diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Rompin. Sebelum itu, bandar Muadzam Shah telah diletakkan di bawah daerah pentadbiran Pekan. Jika diambil kira status pembangunan dan kemajuan bandar, Bandar Muadzam Shah adalah lebih maju berbanding Bandar Kuala Rompin. Itulah sebabnya kenapa Bandar Muadzam Shah tidak diletakkan di bawah pentadbiran Pekan.

Muadzam Shah memiliki kesemua kemudahan awam termasuklah mahkamah, JPJ, Jabatan Polis dan Bomba, sekolah-sekolah, malah memiliki universiti bertaraf antarabangsa. Selain itu, Bandar Muadzam Shah juga turut dilengkapi dengan kemudahan Hospital awam iaitu Hospital Muadzam Shah. Hospital ini adalah hospital pertama di daerah Rompin yang siap dibina pada tahun 1994, sebelum Hospital Rompin siap pembinaannya pada tahun 2014. Bandar Muadzam Shah memiliki wilayah pentadbiran yang besar seperti Bukit Ibam, Keratong, dan sekitarnya.

Kemajuan Bandar Muadzam Shah terus disekat dengan pembatalan projek pembinaan kilang Proton dan akhirnya telah dibina di Pekan. Pembinaan sebuah UiTM di Bandar Muadzam Shah juga telah dibatalkan walaupun tapak hutan telah diratakan dan akhirnya tapak tersebut digantikan dengan pembinaan Politeknik Muadzam Shah. Banyak usaha yang diutarakan Tun Abdul Razak semasa hayatnya tidak dapat tercapai sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Bandar Muadzam Shah diwujudkan untuk bumiputera dan disebabkan itu juga UiTM ingin dibina oleh Tun Abdul Razak.

Semasa hayat DARA sebagai badan yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Muadzam Shah suatu ketika dahulu, 100% penduduk Bandar Muadzam Shah adalah Melayu. Tetapi kini kemajuan tanah dan banyak syarikat di Bandar Muadzam Shah telah didominasi oleh kaum Cina.

Daerah
Bandar
Bandar BeraBandar Muadzam ShahBandar Tun Abdul Razak (Keratong) • Bandar Tun Razak (Jengka) • Batu HitamBatu TalamBelimbingBentaBentongBeserahBrinchangBukit IbamBukit TinggiCeruk PalohChendorChenorCherohTasik ChiniCheratingFELDA MempagaFELDA New ZealandBukit FraserGambangGebengGenting HighlandsGenting SempahJanda BaikJerantutKarakKemayanKrambitKerayongKerdauKetariKampung AwahKota BahagiaKota IskandarKota ShahbandarKuala KrauKuala LipisKuala PahangKuala RompinKuala TembelingKuantan (ibu negeri) • LanchangLentangLubuk PakuLurah BilutMaranMelatiMengkarakMengkuangMentakabMerapohNenasiPaloh HinaiPekan, PahangPenorRaubRingletRKT SalongRompinSebertakSempalitSungai LembingSungai RuanTanah RataTanjung LumpurTanjung SepatTeluk CempedakTemerlohTriangTringkap
Pulau
Kampung
Bandar baru
Zon Khas
ECER di Kelantan
ECER di Terengganu
ECER di Pahang
ECER di Johor