Budaya Bandar_Raya_New_York

Muzium Kesenian Metropolitan ialah salah sebuah muzium terbesar di dunia.

Bandar raya ini paling menonjol dalam bidang seni, masakan, tarian, muzik, opera, teater, filem bebas, fesyen, muzium, dan sastera. Di sinilah lahirnya bermacam-macam pergerakan kebudayaan, termasuk Harlem Renaissance dalam bidang sastera dan seni visual; ekspresionisme abstrak (juga dikenali sebagai Aliran New York) dalam seni lukis; dan hip hop,[50] punk,[114] salsa, disko, freestyle, and Tin Pan Alley dalam bidang muzik. Bandar Raya New York juga disanjung tinggi dalam peribudaya popular sebagai latar tempat dalam cerita buku, filem dan rancangan televisyen. Bandaraya ini mempunyai lebih 2,000 pertubuhan seni dan budaya dan lebih 500 galeri seni.[115]

Hiburan dan seni persembahan

Lincoln Center for the Performing Arts

New York ialah salah sebuah bandar raya pilihan industri perfileman Amerika Syarikat. Manhatta (1920), sebuah filem avant-garde yang terawal, digambarkan di sini.[116] Kini, New York City ialah pusat kedua terbesar untuk inudstri perfileman AS.

Kerajaan bandar raya membiayai industri seni dengan bajet tahunan yang lebih besar daripada National Endowment for the Arts.[115] Para usahawan kaya-raya pada abad ke-19 membina sebuah rangkaian institusi kebudayaan utama seperti Carnegie Hall dan Muzium Kesenian Metropolitan yang terkenal di pentas dunia. Kemunculan pencahayaan elektrik mencetuskan terbitan lakon pentas yang lebih rumit. Pada 1880-an, teater-teater di Broadway dan 42nd Street mula menampilkan bentuk pementasan baru yang dikenali sebagai muzikal Broadway.

Atas pengaruh kuat daripada golongan penghijrah ke bandaraya ini, pementasan Harrigan and Hart, George M. Cohan dan lain-lain berlagu dalam naratif yang sering mencerminkan tema harapan dan cita-cita. Kini, pementasan sedemikian menjadi kebiasaan dalam persada teater New York.

39 teater terbesar di bandaraya ini (dengan lebih 500 kerusi) bersama-sama dikenali sebagai "Broadway," sempena jalan besar utama yang merentasi daerah teater Times Square.[117]

Masakan

Budaya makanan New York merangkumi beraneka masakan dunia hasil pengaruh dari sejarah penghijrahan ke bandaraya ini.

Pendatang Eropah Timur dan Itali menjulang nama bandaraya ini dengan bagel, kek keju, dan piza ala New York. Sekitar 4,000 penjaja makanan berlesen, kebanyakannya milik pendatang asing, menjaja makanan Timur Tengah seperti falafel dan kebab, di samping hot dog dan pretzel yang masih menjadi makanan jalanan pilihan warga kota.[118]

Di bandaraya ini juga lahirnya antara restoran haute cuisine (mewah) yang terunggul di AS.[119]

Pelancongan


Pelancongan merupakan salah satu industri terpenting di Bandar Raya New York, dengan kunjungan lebih 40 juta pelancong tempatan dan asing setiap tahun dari tahun 2005–2010.[120]Antara destinasi utama pelancong di sini termasuk Bangunan Empire State; Patung Liberty; Pulau Ellis; persembahan teater Broadway; muzium-muzium seperti Muzium Kesenian Metropolitan; ruang hijau seperti Central Park dan Washington Square Park; Rockefeller Center; Times Square; pusat beli-belah mewah sepanjang Fifth Avenue dan Madison Avenue; dan acara-acara menarik seperti Halloween Parade di Greenwich Village, Macy's Thanksgiving Day Parade, perayaan Hari St. Patrick, aktiviti bermusim seperti meluncur ais di Central Park pada musim sejuk, Pesta Filem Tribeca, dan hiburan percuma Summerstage di Central Park.

Pada tahun 2008, Bandar Raya New York mencatat dua rekod pencapaian iaitu jumlah pelancong sebanyak 47 juta, dan perbelanjaan mereka yang menyumbangkan AS$32.1 bilion secara langsung kepada ekonomi bandaraya.[120]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_New_York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...