Ekonomi Bandar_Raya_New_York

Bursa Saham New York di Wall Street merupakan bursa saham terbesar di dunia dari segi jumlah dolar.

New York merupakan pusat kegiatan perniagaan dan perdagangan antarabangsa dan juga salah satu daripada "pusat operasi" ekonomi dunia (di samping London dan Tokyo).[55] Bandar raya ini merupakan salah sebuah pusat kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian utama di Amerika Syarikat.

Kawasan metropolitan New York mencatat keluaran metropolitan kasar sebanyak kira-kira $1.13 trilion pada tahun 2005,[56][57] menjadikannya ekonomi serantau terbesar di Amerika Syarikat, dan menurut IT Week, ekonomi bandaraya kedua terbesar di dunia.[58] Menurut majalah Cinco Dias, New York menguasai 40% kewangan dunia pada akhir tahun 2008, menjadikannya pusat kewangan terbesar di dunia.[59][60][61]

Kebanyakan badan korporat utama beribu pejabat di Bandaraya New York City, termasuk 42 syarikat Fortune 500.[62] New York juga unik di kalangan semua bandaraya di Amerika Syarikat kerana bilangan syarikat luar negara yang besar. 10% pekerjaan sektor swasta di bandaraya ini berada dalam syarikat asing.[63]

Manhattan mempunyai ruang pejabat seluas 353.7 juta kaki persegi (32,860,000 m²) pada tahun 2001.[64]

Midtown Manhattan merupakan daerah perniagaan pusat terbesar di Amerika Syarikat. Lower Manhattan pula daerah perniagaan pusat ketiga terbesar di AS, dan juga tempat terletaknya Bursa Saham New York di Wall Street, dan NASDAQ, yang masing-masing merupakan bursa saham nombor satu dan dua terbesar di dunia, mengikut ukuran purata jumlah dagangan harian dan pemodalan pasaran keseluruhan.[65] 35% hasil pendapatan bekerja di bandaraya ini didatangkan daripada sektor perkhidmatan kewangan.[66]

Sektor hartanah merupakan kuasa besar dalam ekonomi bandaraya, kerana segala harga Bandar Raya New York bernilai $802.4 bilion pada tahun 2006.[67] Time Warner Center merupakan harta yang paling tinggi nilai pasarannya di bandaraya ini, iaitu bernilai $1.1 bilion pada tahun 2006.[67]Di Bandaraya New York terletaknya antara hartanah yang paling bernilai di negara dan seluruh dunia. 450 Park Avenue dijual pada 2 Julai 2007 dengan harga $510 juta, iaitu kira-kira $1,589 sekaki persegi ($17,104/m²), sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh sebuah bangunan pejabat 660 Madison Avenue yang bernilai $1,476 sekaki persegi ($15,887/m²) yang dijual tak sampai sebulan lalu pada Jun 2007.[68]

Industri penyiaran televisyen dan perfileman di Bandar Raya New York adalah yang kedua terbesar di negara, hanya di belakang Hollywood.[69] Industri kreatif seperti media baru, pengiklanan, fesyen, rekabentuk dan seni bina semakin banyak tenaga kerjanya, apatah lagi Bandar Raya New York memiliki kelebihan daya saing yang lebih kuat dalam industri-industri tersebut.[70]

Industri berteknologi tinggi seperti bioteknologi, pembangunan perisian, reka bentuk permainan, dan khidmat internet turut berkembang kerana diperkuat oleh kedudukan bandaraya ini di terminus yang menghubungkan beberapa talian gentian optik rentas Atlantik.[71] Sektor-sektor lain yang penting termasuk penyelidikan dan teknologi perubatan, institusi bukan untung, dan universiti.

Industri perkilangan juga banyak sekali bilangan pekerjanya, walaupun semakin berkurangan. Antara hasil keluaran utamanya termasuk pakaian, kimia, barangan logam, makanan diproses, dan perabot.[72] Industri pemprosesan makanan merupakan sektor perkilangan utama yang paling stabil di bandar raya ini.[73] Pembuatan makanan merupakan industri bernilai $5 bilion yang mengambil kerja lebih 19,000 orang. Makanan khusus paling utama yang dieksprot dari Bandaraya New York ialah coklat dengan nilai eksport pada kira-kira $234 juta setiap tahun.[73]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_New_York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...