Geografi Bandar_Raya_New_York

Imej satelit yang menunjukkan teras kawasan metropolitan New York

Bandar Raya New York terletak di bahagian timur laut Amerika Syarikat, di bahagian tenggara Negeri New York, kira-kira separuh jalan antara Washington, D.C. dan Boston.[20] Lokasinya di muara Sungai Hudson, yang mengalir ke dalam pelabuhan semula jadi dan terus ke Lautan Atlantik, telah menjulang nama New York ini sebagai kota perdagangan. Sebahagian besar New York terletak di tiga buah pulau iaitu Manhattan, Staten Island, dan Long Island, sehingga menggalakkan kepadatan penduduk yang tinggi di atas tanah yang makin berkurangan.

Sungai Hudson mengalir melalui Lembah Hudson ke dalam Teluk New York. Di antara Bandar Raya New York dan bandar Troy, New York, sungai ini membentuk muara.[21] Sungai Hudson memisahkan bandar raya ini daripada New Jersey. Sebatang selat pasang surut bernama Sungai East mengalir dari Long Island Sound dan memisahkan Bronx dan Manhattan dari Long Island. Sungai Harlem, sebatang lagi selat pasang surut di antara Sungai East dan Hudson, memisahkan Manhattan dan Bronx. Sungai Bronx yang mengalir melalui Bronx dan Kaunti Westchester, adalah satu-satunya sungai berair tawar sepenuhnya di bandar raya ini.[22]

Seluruh daratan bandar raya New York telah banyak menerima perubahan kesan kegiatan manusia, terutamanya penebusgunaan tanah secara besar-besaran di sepanjang kawasan dermaga sejak zaman penjajahan Belanda. Penebusgunaan tanah paling menjadi di Lower Manhattan, dengan usaha pembangunan seperti Battery Park City pada 1970-and dan 1980-an.[23]

Keluasan tanah bandar raya ini dianggarkan pada 304.8 batu persegi (789 km2).[3][4] Jumlah keluasannya adalah 468.9 batu persegi (1,214 km2); iaitu 164.1 batu persegi (425 km2) perairan dan 304.8 batu persegi (789 km2) daratan. Tempat tertinggi di bandar raya ini ialah Todt Hill di Staten Island pada 409.8 kaki (124.9 m) di atas paras laut, iaitu tempat tertinggi di Hadap Laut Timur di selatan Maine.[24] Puncak rabung sebahagian besarnya dilitupi kawasan hutan dalam Staten Island Greenbelt.[25]

Iklim

Mengikut pengelasan iklim Köppen, Bandaraya New York mempunyai iklim subtropika lembap (Cfa). Kawasan ini mendapat purata 234 hari bercahaya suria setahun, atau purata 2540 jam bercahaya suria setahun.[26]Musim sejuknya dingin dan lembap, apalagi pola anginnya yang sering bertiup ke arah laut mengurangkan kesan penyederhanaan Lautan Atlantik. Namun begitu, Lautan Atlantik serta perlindungan separa kawasan Appalachian sedikit memberi New York sedikit pemanasan pada musim sejuk berbanding bandaraya pedalaman Amerika Utara yang terletak di garis lintang yang sama atau ke bawah, seperti Pittsburgh, Cincinnati, dan Indianapolis. Purata suhunya pada bulan Januari (bulan tersejuk di kawasan ini) adalah 32.1 °F (0.1 °C). Suhunya pada musim sejuk boleh mencapai serendah 10 °F (−12 °C) atau setinggi 50 °F (10 °C) dalam beberapa hari.[27] Musim bunga dan luruhnya sukar diramal, boleh jadi dingin ataupun hangat, namun pada kebiasaannya bersuhu sederhana dengan kelembapan rendah. Musim panas biasanya panas dan lembap; purata suhu pada bulan Julai adalah 76.5 °F (24.7 °C). Suhu pada waktu malam biasanya dipengaruhi oleh fenomena pulau haba bandar yang menyebabkan suhu mencecah 90 °F (32 °C) pada purata 18 hari setiap musim panas, dan juga boleh melampaui 100 °F (38 °C) setiap 4–6 tahun.[28][29]

Bandaraya ini menerima kerpasan tahunan sebanyak 49.7 inci (1,260 mm) yang ditabur sama rata sepanjang tahun. Purata curahan salji musim sejuk sejak seabad lalu berada pada takat 28 inci (71 cm), tetapi ini biasanya berubah-ubah setiap tahun; litupan salji biasanya tidak banyak.[30] Hurikan dan ribut tropika jarang dialami di kawasan New York, namun bandar raya itu sentiasa berjaga-jaga akan kemungkinan dilanda ribut sebegini.

Data iklim untuk New York (Central Park)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tertinggi °F (°C)72
(22.2)
75
(23.9)
86
(30)
96
(35.6)
99
(37.2)
101
(38.3)
106
(41.1)
104
(40)
102
(38.9)
94
(34.4)
84
(28.9)
75
(23.9)
106
(41.1)
Purata tinggi °F (°C)38.0
(3.33)
41.0
(5)
49.8
(9.89)
60.7
(15.94)
70.9
(21.61)
79.0
(26.11)
84.2
(29)
82.4
(28)
74.7
(23.72)
63.5
(17.5)
53.1
(11.72)
42.9
(6.06)
61.7
(16.5)
Purata rendah °F (°C)26.2
(−3.2)
28.1
(−2.2)
35.1
(1.72)
44.2
(6.78)
54.2
(12.33)
63.3
(17.39)
68.8
(20.44)
67.7
(19.83)
60.3
(15.72)
49.6
(9.78)
41.0
(5)
31.6
(−0.22)
47.5
(8.61)
Rekod terendah °F (°C)−6
(−21.1)
−15
(−26.1)
3
(−16.1)
12
(−11.1)
28
(−2.2)
44
(6.7)
52
(11.1)
50
(10)
39
(3.9)
28
(−2.2)
7
(−13.9)
−13
(−25)
−15
(−26.1)
Kerpasan inci (mm)4.13
(104.9)
3.15
(80)
4.37
(111)
4.28
(108.7)
4.69
(119.1)
3.84
(97.5)
4.62
(117.3)
4.22
(107.2)
4.23
(107.4)
3.85
(97.8)
4.36
(110.7)
3.95
(100.3)
49.69
(1,262.1)
Curahan salji inci (cm)8.3
(21.1)
7.1
(18)
3.4
(8.6)
.4
(1)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
.4
(1)
2.6
(6.6)
22.2
(56.4)
Kelembapan63.863.062.360.969.471.770.773.274.771.668.366.668.02
Purata hari kerpasan (≥ 0.01 in)10.39.410.711.111.410.810.29.59.18.39.310.6120.7
Purata hari salji (≥ 0.1 in)4.12.91.6.2000000.31.810.9
Jam cahaya matahari162.7163.1212.5225.6256.6257.3268.2268.2219.3211.2151.0139.02,534.7
Sumber: NOAA [28][31]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_New_York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...