Media Bandar_Raya_New_York

Rockefeller Center, pangkalan NBC Studios

New York merupakan sebuah pusat industri televisyen, pengiklanan, muzik, penerbitan buku dan akhbar dan juga pasaran media terbesar di Amerika Utar (diikuti Los Angeles, Chicago, dan Toronto).[121]

Antara konglomerat media yang berpusat di bandaraya ini termasuk Time Warner, Thomson Reuters Corporation, News Corporation, Hearst Corporation, dan Viacom. Tujuh daripada lapan rangkaian agensi pengiklanan global terulung di dunia beribu pejabat di New York.[122]Tiga ibu pejabat label rakaman muzik terbesar di dunia juga terletak di sini, iaitu Universal Music Group, Sony Music Entertainment dan Warner Music Group. Satu pertiga filem bebas buatan AS dibuat di New York.[123]

Lebih 200 suratkhabar dan 350 majalah pengguna membuka pejabat di bandaraya ini.[123] Industri penerbitan buku di sini mengambil kerja kira-kira 25,000 orang.[124] Dua akhbar harian kebangsaan AS berasal dari New York, iaitu The Wall Street Journal dan The New York Times yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer terbanyak untuk kewartawanan.

Di bandaraya ini wujudnya sebuah industri akhbar etnikc besar yang menerbitkan 270 suratkhabar dan majalah dalam lebih 40 bahasa.[125] El Diario La Prensa ialah akhbar berbahasa Sepanyol terbesar di New York dan juga yang tertua di negara.[126] The New York Amsterdam News yang diterbitkan di Harlem, ialah sebuah akhbar utama yang khusus untuk bacaan golongan berketurunan Afrika.

Industri televisyen berkembang besar di New York sehingga menjadi industri penting dalam ekonomi bandaraya. Empat rangkaian penyiaran AS yang utama beribu pejabat di New York, iaitu ABC; CBS; FOX and NBC. Di sini juga berpangkalannya beberapa saluran TV kabel, termasuk MTV, Fox News, HBO dan Comedy Central. Pada tahun 2005 sahaja, terdapat lebih 100 rancangan televisyen yang dirakam di Bandar Raya New York.[127]

New York juga menjadi pusat utama media bukan komersil. Saluran televisyen capaian awam tertua di AS ialah Manhattan Neighborhood Network yang ditubuhkan pada tahun 1971.[128] WNET merupakan stesen televisyen awam utama di bandaraya ini dan juga sumber utama rancangan kebangsaan dari PBS. WNYC, sebuah stesen radio awam yang pernah dimiliki oleh pihak bandaraya sehingga tahun 1997, menikmati jumlah pendengar radio awam terbesar di AS.[129] Pihak berkuasa Bandar Raya New York mengendali sebuah perkhidmatan penyiaran awam, iaitu NYCTV yang menerbitkan rancangan yang meliputi kebudayaan dan muzik di sekitar bandaraya ini.

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_New_York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...