Bandar_Tun_Razak,_Jengka

Koordinat: 3°45′22″N 102°32′42″E / 3.75611°N 102.54500°E / 3.75611; 102.54500Bandar Tun Razak (jangan terkeliru dengan bandar dengan nama yang sama di Kuala Lumpur dan Keratong) atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia. Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.Bandar ini terletak 55 kilometer dari Bandar Maran dan 127km dari Bandar Kuantan,Pahang. Bandar ini juga bersempadan dengan Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh. Keseluruhan bandar ini merupakan kawasan operasi Majlis Daerah Maran.Pelbagai kemudahan perkhidmatan disediakan seperti pejabat pos, hospital, bank,institusi-institusi pendidikan, mini stadium dan sebagainya. Gunatanah industri merupakan gunatanah terancang yang agak besar dibandingkan dengan gunatanah yang lain. Di antara kilang yang telah beroperasi di kawasan perindustrian ialah Kilang Alps, Kilang Bimbingan Bank Pembangunan dan bengkel kereta motor.Selain itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebahagian gunatanah utama di bandar ini yang memberi kesan positif dan merangsang kepada imej dan keseimbangan spatial bandar ini.[1]Pada 7 Julai 2011 semasa Hari Peneroka 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menamakan semula Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena memperingati jasa ayahandanya Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas FELDA.[2]