Bandar_Udara_Internasional_Minangkabau

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (IATA: PDGICAO: WIPT) merupakan lapangan terbang (atau "bandar udara") sivil bagi daerah Sumatra Barat di pulau Sumatra, Indonesia. Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 23 km dari kota Padang, di Ketaping, Kabupaten Padang Pariaman dan mempunyai sebuah stesen terminal yang menyelunsuri penerbangan di dalam dan luar negara. Lapangan terbang ini memiliki 17 buah kaunter pendaftaran penumpang, 5 tali sawat penyampai dan 9 kaunter jualan tiket.[1] Terdapat rencana untuk memanjangkan lagi landasan kapal terbang sebanyak 250 meter supaya ia dapat menampungi pesawat Boeing 747, dan juga untuk menyambung lapangan terbang ini dengan kota Padang melalui perkhidmatan kereta api.Nama lapangan terbang ini diambil dari nama suku kaum terbesar di provinsi tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ini mula beroperasi sejak Julai 2005, menggantikan lapangan terbang yang lama, Tabing di Padang, Indonesia, yang sekarang menjadi pengkalan Angkatan Udara Indonesia.