Geografi Bandar_Utama

Bandar Utama Damansara yang luasnya kira-kira 1000 ekar (4 kmĀ²), dibahagi kepada 12 seksyen yang merangkumi BU1 hingga BU12. Seksyen-seksyen ini dihubungkan oleh jalan raya yang diberi nama seakan-akan nombor bersiri, contohnya Jalan BU2/5 yang mana BU2 merujuk kepada seksyen dan 5 ialah nombor jalan.

Sebatang jambatan di atas Lebuhraya Lembah Kelang Utara (NKVE) menghubungkan kedua-dua belah Bandar Utama Damansara, iaitu seksyen BU1-BU10 dan BU11-BU12, yang dipisahkan oleh NKVE.